Program ‘Study Smart’ adalah merupakan program mempertingkatkan keputusan pelajar bagi memperoleh lima kredit ke atas melalui penggunaan teknik-teknik belajar dan aktiviti yang berpusatkan akademik di samping memantau perjalanan keputusan secara berperingkat pelajar Tahun 8 & 11, Sekolah Menengah Masin. Sasaran program ini ialah semua pelajar di tahun 8 & 11 sebagai responden dan guru-guru terlibat dalam program yang dilaksanakan tersebut. Perancangan susun atur program adalah difokuskan kepada akademik dan kepimpinan. Dalam pelaksanaan program tersebut, teknik-teknik belajar secara efesien dan efektif serta hala tuju ditekankan untuk mempertingkatkan kemahiran belajar sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’. Teknik-Teknik yang digunakan adalah menjurus kepada persiapan dan penyedian serta pendedahan terhadap peperiksaan. Pemantauan telah dilaksanakan secara berperingkat iaitu tiga fasa. Pelaksanaan awal telah dilaksanakan melalui pengumpulan pelajar tahun 8 & 11. Kemudian pemantauan peringkat pertengahan (fasa Kedua) menitikberatkan keputusan pertengahan tahun dan peringkat terakhir (Fasa Ketiga) menekankan semakan keputusan peperiksaan kelayakan peringkat ‘O”. Selain itu, instrumen program yang digunakan adalah termasuk borang ikat kontrak pelajar, temu bual, susun atur aktiviti dan motivasi serta kepimpinan. Data dikumpul dan dianalisis antara lainnya melibatkan penggunaan peratusan peperiksaan pelajar. Dapatan program ‘Study Smart’ memperlihatkan peningkatan yang positif dalam peperiksaan peringkat ‘O’ di Sekolah Menengah Masin.
Program ‘Study Smart’ ini dijalankan secara kerjasama pentadbiran (Bahagian Akademik) dan semua guru Sekolah Menengah Masin. Pada awalnya program ini dikenali sebagai “SCHOOL LEADERSHIP PROGRAMME FOR MENENGAH 5”. Pada awalnya program ini hanyalah merupakan program yang mengetengahkan kepimpinan dalam diri pelajar bagi membantu mereka berani tampil menyuarakan buah fikiran. ‘SLP For Menengah 5’ ditubuhkan pada tahun 2011 dan dirasmikan oleh mantan pengetua Sekolah Menengah Masin pada ketika itu. Dari hasil tinjauan, kini program lebih menfokuskan pada ciri-ciri kepimpinan dan bidang akademik memandangkan pelajar akan menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’. Oleh yang demikian, program tersebut menyasarkan kepada tahun 11 bagi memberi pendedahan awal dalam mempersiapkan diri pelajar sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’ dan seterusnya mencapai jumlah pelajar mendapat 5 ‘O’ ke atas.
Pada tahun 2012, Program ‘Study Smart’ beralih pelaksanaan kepada waktu sekolah sahaja dan perubahan dalam program tersebut berterusan apabila dilaksanakan secara berfasa iaitu tiga fasa pada tahun 2013. Program secara berfasa menitikberatkan keefesienan dan impak yang postif. Dengan adanya berfasa tersebut, program ‘Study Smart’ dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan kepada pelajar yang disasarkan. Berhubung perkara di atas, program tersebut boleh membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan lebih teratur dan bersistematik serta memberikan manfaat kepada dua pihak iaitu guru dan pelajar itu sendiri. Program ‘Study Smart’ boleh dijadikan alat untuk mempertingkatkan mutu keberkesanan dan kecekapan guru atau pelajar serta menekankan pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.
APAKAH SEBENARNYA PROGRAM ‘STUDY SMART’
Program ‘Study Smart’ adalah program yang memantau perkembangan akademik dan keputusan pelajar yang dilaksanakan secara berperingkat. Program tersebut merupakan inisiatif pihak sekolah dilaksanakan secara terperinci dan teratur bagi mengambil berat akan prestasi pencapaian akademik pelajar mahupun menanamkan sahsiah diri. Program ‘Study Smart’ dilaksanakan bagi membaikpulih pencapaian keputusan akademik dengan memberi, mendedahkan dan menyerapkan teknik-teknik yang berguna bagi pelajar sebelum dan semasa menduduki peperiksaan nanti.
SIAPA TERLIBAT?
Program ‘Study Smart’ telah melibatkan warga pentadbir, pegawai bertugas di bahagian akademik dan warga sekolah. Keterlibatan ini diketuai oleh pihak pentadbir selaku mekanisme utama pengerak program tersebut. Ahli-ahli yang terlibat adalah seperti yang diperlihatkan di bawah ini:
i-theme-font:minor-bidi'>Program ‘Study Smart’ adalah program yang memantau perkembangan akademik dan keputusan pelajar yang dilaksanakan secara berperingkat. Program tersebut merupakan inisiatif pihak sekolah dilaksanakan secara terperinci dan teratur bagi mengambil berat akan prestasi pencapaian akademik pelajar mahupun menanamkan sahsiah diri. Program ‘Study Smart’ dilaksanakan bagi membaikpulih pencapaian keputusan akademik dengan memberi, mendedahkan dan menyerapkan teknik-teknik yang berguna bagi pelajar sebelum dan semasa menduduki peperiksaan nanti.
TUJUAN PROGRAM ‘STUDY SMART’
Tujuan Program ‘Study Smart adalah untuk:
Mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan cara-cara belajar dengan berkesan sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’
Mempertingkatkan keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ bagi mencapai 5 Kredit ke atas.
Memberikan pendedahan mengenai landasan hala tuju setelah peperiksaan peringkat ‘O’ dikeluarkan.
OBJEKTIF PROGRAM ‘STUDY SMART’
Objektif program adalah untuk:
Memantapkan kemahiran belajar dengan lebih efesien.
Menyalurkan teknik-teknik belajar secara efektif.
Menanamkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.
Mengaplikasikan tips-tips yang berkesan dan berguna sebelum dan semasa menduduki peperiksaan.
Memberikan motivasi dan semangat serta inspirasi kepada pelajar.
Memberikan pendedahan awal hala tuju pelajar selepas memperolehi keputusan peperiksaa emperolehi keputusan peperiksaan.
PROGRAM ‘R.AP.A.T’
Program ‘R.A.P.A.T’ adalah sebuah program intervensi pembelajaran yang merupakan inisiatif pihak Sekolah Menengah Masin cuba mempertingkatkan pencapaian keputusan GCE Peringkat ‘O’ pelajar tahun 11. Program R.A.P.A.T adalah akronim yang membawa maksud Resolusi Anjakan Pencapaian Akademik Terpimpin. Dalam program R.A.P.A.T, teknik-teknik yang digunakan adalah menjurus kepada persiapan, penyedian serta kemahiran menjawab kertas peperiksaan amat ditekankan. Sasaran program ini ialah semua pelajar tahun 11 dan guru Sekolah Menengah Masin.
LATAR BELAKANG IMPLEMENTASI PROGRAM ‘R.A.P.A.T’
Program ‘R.A.P.A.T’ ini dijalankan secara berpasukan iaitu kerjasama dari bahagian pentadbiran dan semua guru Sekolah Menengah Masin. Pada awalnya program ini dikenali sebagai “PROGRAM KEM PEPERIKSAAN”. Program tersebut diadiptasikan dari salah satu kandungan program MP3 yang dianjurkan oleh Jabatan Akademik, pihak Kementerian Pendidikan. ‘Program Kem Peperiksaan’ direka semula dengan memasukkan idea yang bersesuaian dengan keperluan akademik Sekolah Menengah Masin pada tahun 2017 ‘Program Kem Peperiksaan’ ditukar menjadi Program ‘R.A.P.A.T’ atas cetusan idea Cikgu Rossaleni Bte Haji Selamat apabila penggunaan nama ‘Kem Peperiksaan’ tidak bersesuaian dengan matlamat program diadakan. Oleh itu, Program ‘R.A.P.A.T’ diperkenalkan pada tahun 2020.
Dari hasil tinjauan awal, kini Program ‘R.A.P.A.T’ lebih menfokuskan pada bidang akademik dalam mempersiapkan diri pelajar sebelum dan semasa menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’ dan seterusnya mencapai sasaran jumlah pelajar mendapat 5 Kredit ‘O’ ke atas. Pada tahun 2020, Program ‘R.A.P.A.T’ beralih pelaksanaan kepada waktu persekolahan (pada hari isnin sehingga hari khamis) iaitu diadakan di sebelah petang bermula 1.15 petang sehingga 3.20 petang. Dengan Program ‘R.A.P.A.T’ dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan kepada pelajar yang disasarkan.
Berhubung perkara di atas, Program ‘R.A.P.A.T’ boleh membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan lebih teratur dan bersistematik serta memberikan manfaat kepada dua pihak iaitu guru dan pelajar itu sendiri. Program ‘R.A.P.A.T’ boleh dijadikan alat untuk mempertingkatkan mutu keberkesanan dan kecekapan guru atau pelajar serta menekankan pembelajaran dan pengajaran secara berterusan.
APAKAH SEBENARNYA MAKSUD PROGRAM ‘R.A.P.A.T’
Secara umum Rapat (dalam Kamus Dewan, 2010:1288) bermaksud mengeratkan atau mendekatkan kepada sesuatu. Selain itu, Rapat dalam pengertian ahli bahasa (Penggunaan istillah dalam MABBIM) adalah merupakan pertemuan atau berkumpulnya minimal dua orang atau lebih untuk memutuskan suatu tujuan atau matlamat. Rapat juga dapat dijadikan sebagai media untuk berkomunikasi antara manusia atau pentadbir dengan warga perntadbiran.
Rapat (Mardiatma, 1987:5) juga dapat diertikan sebagai media komunikasi kelompok yang bersifat tatap muka yang sering diselenggarakan atau dilakukan oleh banyak organisasi baik itu swasta ataupun kerajaan. Rapat (dalam Lembaga Administrasi Negara, 2019) memperlihatkan seseorang atau sekelompok orang untuk menyatukan pemikiran guna melaksanakan urusan tertentu.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa Rapat membawa pengertian sebagai kumpulan orang yang bersifat formal dengan melibatkan ramai orang dengan tujuan untuk berkomunikasi, merancang, menetapkan kebijakan, mengambil keputusan, dan memotivasi yang boleh memberi kontribusi secara langsung dalam pencapaian tujuan tertentu sehingga pemikiran idea untuk penyelesaian masalah dapat tercapai.
Bermula dari definisi Rapat di atas, secara khususnya Program ‘R.A.P.A.T’ sebagai Akronim yang bermaksud Resolusi Anjakan Pencapaian Akademik Terpimpin yang dapat dijelaskan berikut:
AKRONIM
PERKATAAN
PENJELASAN MAKSUD SECARA UMUM
R
Resolusi
Azam atau tekad
A
Anjakan
Alihan kepada sesuatu
P
Pencapaian
Memperoleh/menghasilkan
A
Akademik
ilmu pengetahuan
T
Terpimpin
Dipandu/dibimbing/dituntun/ditunjuk
Daripada penjelasan maksud secara umum di atas, dapatlah direalisasikan pengertian program ‘R.A.P.A.T’ adalah kumpulan pelajar yang dipersiapkan dengan pengisian tekad ke arah memastikan pencapaian keputusan akademik yang cemerlang dengan bimbingan guru secara bersistematik. Oleh itu, program ‘R.A.P.A.T’ dilaksanakan bagi membaikpulih pencapaian keputusan akademik dengan memberi pendedahan, penekanan dan penyerapan teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan yang efektif bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan nanti.
Menyebut Perkataan Program ‘R.A.P.A.T’ juga membawa konotasi atau maksud baik dan menjadi satu amalan doa. Program ‘R.A.P.A.T’ boleh merapatkan dari aspek perhubungan, pemerolehan ilmu, Sahsiah dan Rohaniah.
Dari Aspek Perhubungan iaitu mendekatkan hubungan;
pentadbir dan semua guru dalam merancang, melaksanakan dan menjayakan Program ‘R.A.P.A.T’.
professional guru dalam jabatan kerana Program ‘R.A.P.A.T’ melibatkan semua guru jabatan masing-masing secara bersatupadu melaksanakan dan menjayakan program tersebut.
semua pelajar, guru dan pentadbir sebagai satu usaha mendekatkan pelajar dengan inisiatif yang ditubuhkan.
Aspek Pemerolehan Ilmu iaitu mendekatkan;
guru dalam jabatan mempelajari ilmu dari rakan-rakan yang lain.
pelajar dengan bekalan ilmu peperiksaan yang diperlukan dalam perjuangan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Aspek sahsiah iaitu mendekatkan:
guru dalam kerjasama padu dalam menghasilkan Pelajar dengan kesedaran diri tentang pentingnya persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan.
pelajar dengan kesedaran diri tentang pentingnya persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan.
Aspek rohaniah iaitu mendekatkan:
pelajar dengan tanggungjawab terhadap tuntutan agama.
TUJUAN PROGRAM ‘R.A.P.A.T’
Tujuan Program ‘R.A.P.A.T’ adalah untuk:
1. Membantu pelajar agar masalah menjawab kertas peperiksaan tidak terhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan.
2. Mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan cara-cara menjawab kertas peperiksaan dengan berkesan bagi menghadapi peperiksaan peringkat ‘O’
3. Mempertingkatkan keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ bagi mencapai 5 Kredit ke atas.
4. Membekalkan intervensi awal menghadapi peperiksaan.
5. Memastikan pelajar menguasai kemahiran menjawab kertas peperiksaan peringkat ‘O’.
OBJEKTIF PROGRAM ‘R.A.P.A.T’
Objektif Program ‘R.A.P.A.T’ adalah untuk:
1. Memantapkan kemahiran menjawab kertas peperiksaan dengan lebih efesien.
2. Menyalurkan teknik-teknik belajar secara efektif.
3. Mengaplikasikan tips-tips yang berkesan dan berguna semasa menduduki dan menjawab kertas peperiksaan.
4. Memberikan motivasi dan semangat kepada pelajar.
KEPENTINGAN PROGRAM
Inisiatif projek ini dijalankan secara beberapa bulan iaitu mulai dari bulan ogos (10/08/2020) hingga bulan September (24/09/2020) iaitu pelajar dikumpulkan mengikut kelas masing-masing dengan diberikan aktiviti-aktiviti berkaitan program. Susun atur aktiviti program mengandungi teknik-teknik peperiksaan, kesedaran untuk menghadapi peperiksaan, mendedahkan kemahiran belajar atau menjawab kertas peperiksaan sebagainya. Berhubung dengan perkara di atas, aktiviti-aktiviti adalah direka khas oleh semua guru mengikut jabatan masing-masing dengan lebih efektif ke arah pencapaian peperiksaan pelajar.
Program ‘R.A.P.A.T’ dilaksanakan bagi memantapkan dan mempertingkatkan akademik dalam keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ yang menekankan proses yang mendekatkan dan mengingatkan pelajar bahawa peperiksaan semakin dekat. Pelajar didedahkan dengan perkara-perkara seperti berikut:
1. Sistem belajar yang teratur.
2. Teknik-teknik Kemahiran belajar.
3. Teknik-Teknik menjawab kertas peperiksaan.
4. Kesedaran dan peringatan tentang peperiksaan yang akan datang.
Program ‘R.A.P.A.T’ dapat menghalang masalah menghadapi dan menduduki peperiksaan daripada menjadi lebih serius. Dengan adanya program ‘R.AP.A.T’ mengelakkan timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi dan kognitif yang seterusnya menjejaskan pemerolehan keputusan akademik yang cemerlang. selain itu, program ‘R.A.P.A.T’ juga meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran perkembangan bahasa, penguasaan kemahiran-kemahiran menjawab kertas peperiksaan dan membina keyakinan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan akan datang. agar lebih berkesan serta menyeluruh. Program ‘R.A.P.A.T’ berfokus atau ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan bakal menghadapi peperiksaan. Dalam Program ‘R.A.P.A.T’ berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru subjek yang mengajar prosedur-prosedur menghadapi peperiksaan.
Dalam Program ‘R.A.P.A.T’, Ahli Jawatankuasa dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah pasukan yang efesien. Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir dan semua guru menjadi elemen mustahak dalam program tersebut. Program ‘R.A.P.A.T’ memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli agar perjalanan program ‘R.A.P.A.T’ dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.