Segala puji-pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, keluarga, sahabat-sahabat serta pengikut Baginda yang jujur dan setia ke akhir zaman. Dengan rasa tawaduk, saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan berkat rahmat, taufik hidayah dan keizinan-Nya jua telah menganugerahkan kesihatan dan mengurniakan ketabahan, kesabaran, kekuatan serta keazaman untuk membina sebuah laman sesawang untuk berkongsi catatan perjalanan sebagai seorang pendidik.
Perjalanan dunia pendidikan saya bertambah berseri dan sentiasa mekar dengan adanya keredhaan ayahanda, bonda, keluarga, sahabat-sahabat dan rakan-rakan di Sekolah Menengah Masin mahupun di luar sekolah serta pihak-pihak tertentu yang sentiasa memberi sokongan yang tidak pernah putus.
Semoga dengan adanya laman sesawang ini saya sentiasa giat aktif mencatatkan dan berkongsi ilmu dan menjadi sumber inspirasi dalam mengharung dunia pendidikan .
Semoga segala sumbangan ikhlas yang diberikan akan mendapat ganjaran dari Allah Subhanahu Wata’ala, jua. Amin.