Akronim SPN21 bermaksud Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 di Brunei Darussalam dengan penumpuan kepada falsafah negara MIB (Melayu Islam Beraja). Tujuan dan matlamat SPN21 adalah menyediakan pendidikan berkualiti dan serba lengkap bagi mencapai pontensi yang penuh bagi semua rakyat Brunei Darussalam. Mata pelajaran Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras, bersama-sama dengan Melayu Islam Beraja, Pengetahuan Ugama Islam, Matematik, dan Sains.
"Antara cabaran yang dihadapi dalam era teknologi adalah dari segi memperkukuhkan penggunaan Bahasa Melayu, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri".
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM KE-26
TAHUN 1437 HIJRAH / 2016 MASIHI
PADA HARI KHAMIS
27HB ZULHIJJAH 1437
29HB SEPTEMBER 2016
BERTEMPAT
DI DEWAN PLENARY, PUSAT PERSIDANGAN
ANTARABANGSA, BERAKAS
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
"Sistem pendidikan hendaklah sentiasa relevan. Beta gembira mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil langkah positif dalam memastikan Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 (SPN21) benar-benar dapat memberi inspirasi ke arah merealisasikan Wawasan 2035. Beta berpendapat SPN21 mestilah bersifat lebih besar dan berfungsi secara bersepadu dengan perancangan-perancangan negara. Ini penting, kerana teras kepada Pelan Pembangunan Negara adalah pendidikan".
Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21.
Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan iaitu:
Visi Kementerian Pendidikan :
“Pendidikan Berkualiti Negara Dinamik”.
Misi Kementerian Pendidikan :
“Menyediakan Hala Tuju dan Sistem Sokongan yang Efektif ke arah Mencapai Sekolah Berkualiti dan Berprestasi Tingg”.
Fungsi
"Mendokong dan Menyokong Pelaksanaan Pendidikan Kearah Sekolah Yang Berkualiti Tinggi Dengan Pencapaian Pelajar Yang Cemerlang Melalui Kepimpinan, Pengajaran dan Pembelajaran, Etos dan Persekitaran"
Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21
Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan
Mencapai wawasan Brunei 2035.