UTOPIA

KESEDARAN PCOS DALAM KALANGAN WANITA DI MALAYSIA

Rabu, 6 Julai 2022
Oleh Izzati Mazlan

SHAH ALAM - Polysistic Ovary Syndrome (PCOS) adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya.

Menurut artikel dari MyHealth, masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan boleh menjejaskan kesuburan wanita yang menghidap penyakit PCOS.

Penghidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki iaitu androgen yang lebih tinggi, menyebabkan rambut di bahagian ubun-ubun menipis dan berjerawat.

Dr Alif Aiman menerangkan bahawa PCOS tidak memberi ancaman nyawa kepada penghidapnya namun, PCOS boleh menyebabkan dua jenis diabetis iaitu menstrual irregularities dan hyperandrogenism.

Beliau juga berkata bahawa wanita yang menghidapi PCOS akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

“Pengambilan berlebihan diet tinggi lemak yang membawa kepada obesiti ini boleh menyebabkan PCOS,” kata Dr Aiman apabila dihubungi oleh pihak Berita DIMENSi.

Perbezaan antara ovari normal dengan ovari polisistik.

(Sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia)

PCOS juga terjadi disebabkan oleh kelenjar adrenal lesu yang berpunca daripada makanan berpengawet tinggi, pewarna, perasa tambahan dan kapasiti kerja insulin yang rendah menjadikan kadar glukosa berlebihan dalam darah.

Menurut Dr Aiman lagi, glukosa dalam darah ini akan menyebabkan mimik hormon estrogen, mengakibatkan kilang telur wanita mula malas merembeskan hormon estrogen sendiri.

Antara kesan awal PCOS yang boleh dikesan adalah menstrual irregularities, hyperandrogenism dan hyperinsulinemia.

Keadaan ovari seorang pesakit PCOS.

(Sumber: Portal H.O.D Blog)

Dr Raihana, ataupun mesra dipanggil Dr Rai, berkongsi bahawa penyakit PCOS boleh dirawat dan wanita yang menghidapi penyakit itu masih boleh mengandung.

Penyakit PCOS boleh didiagnos apabila wujud lebih daripada dua simptom atau pun boleh juga didiagnos melalui ujian darah hormon dan ultrasound.

“Hormon estrogen semulajadi diperlukan untuk mematangkan telur ovum. Akibat kekurangan hormon estrogen ini, menyebabkan telur tak matang dan tidak pecah, wanita tidak berovulasi dan tidak jumpa waktu subur,” kata Dr Raihana melalui borang soalan temu bual.

“Ujian PCOS boleh dilakukan apabila wanita masuk usia baligh. Kunci utama bagi rawatan PCOS adalah membetulkan cara pemakanan dan gaya hidup.

“Elakkan daripada mengambil karbohidrat mudah, manisan, dan ubat-ubatan seperti metformin untuk membantu meningkatkan kapasiti kerja insulin,” kata Dr Raihana ketika dihubungi.

Prosedur memecahkan folikel telur yang tidak matang dan rosak untuk memberi ruang kepada folikel telur baharu matang dan pecah yang dikenali sebagai ovarian drilling merupakan salah satu rawatan bagi PCOS.

Tambah Dr Aiman lagi, penemuan terbaharu mencadangkan penggunaan ubat alternatif seperti Kacip Fatimah dan Tongkat Ali bagi merawat PCOS jauh lebih selamat untuk digunakan.

“Kacip Fatimah telah terbukti sebagai phytoestrogens dan selamat untuk dimakan oleh manusia. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan keberkesanannya,” kata Dr Aiman.

Menurut artikel Doctor On Call yang ditulis oleh Dr Sri Viknarajan, jika terdapat individu yang mengalami masalah kitaran haid dan mandul, boleh terus mendapatkan nasihat daripada doktor kerana penyakit ini boleh membawa komplikasi lain kepada para wanita.

Para wanita hendaklah sentiasa berwaspada dengan kesihatan tubuh badan mereka dan melakukan ujian kesihatan secara berkala bagi mengetahui segala permasalahan kondisi tubuh supaya dapat dirawat dengan segera.

Like the article? Share it now!