LIFESTYLE

FESYEN, KEMBALI KE ERA 70-AN

Jumaat, 17 Disember 2021
Oleh Muhammad Aliff

SHAH ALAM: Landskap fesyen negara kian dihiasi dengan konsep pakaian berlatarbelakangkan tahun 70-an seperti flair jeans, headscarf, knitted cardigan, vintage tees digayakan bersama warna terang dan menarik perhatian menjadi kegemaran peminat fesyen serta generasi masa kini.

Pemilihan fesyen 70-an memberi pelbagai pilihan kepada generasi masa kini bagi membezakan diri mereka daripada trend-trend sebelum ini.

Warna muram dan gelap digantikan dengan warna riang dan terang bersama dengan corak padanan pakaian yang sesuai.

Corak seperti flannel dan animal prints memberi nafas baharu dalam landskap negara sekaligus mewarnai seluruh latar fesyen negara kita.

Gaya pemakaian ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada golongan fesyen negara, malah golongan masyarakat awam turut menggemari trend ini.

Kebolehan untuk mengekspresikan diri melalui pakaian mencetuskan pelbagai idea kepada generasi muda yang ingin menjadikan trend ini dikenali ramai.

“Trend ini tidak lapuk ditelan zaman bagi mereka yang minat mahupun yang ingin mencuba benda baharu.

Silhouette (bentuk baju) yang berbeza daripada trend yang sebelum ini memberi kelebihan kepada individu untuk mengekspresikan diri dengan gaya yang tersendiri,” kata penggemar fesyen, Ieyaa Yahya.

Daya tarikan trend ini lebih digemari apabila digayakan oleh para individu yang terkenal dan menjadi pujaan masyarakat seperti selebriti, social media influencer dan sebagainya.

“Masyarakat akan memandang serta mengikut jejak mereka yang pandai menggayakan pakaian terutamanya para selebriti tanah air dan luar negara melalui media sosial seperti Instagram.

Jika dilihat menerusi platform media sosial, selebriti yang menggayakan pakaian trendy secara tidak langsung berupaya mempengaruhi masyarakat dalam pemilihan fesyen,” kata Irwan Adi Putra, pemilik kedai pakaian vintaj di Shah Alam.

Rakan kongsi perniagaan Irwan Adi Putra (kiri) dan Muhammad Fayyadh (kanan) menjual pakaian vintaj bernama KEDAI di Shah Alam.

(Sumber: Berita DIMENSi / Muhammad Aliff)

Rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Fayyadh bin Malek berkata, antara faktor terbesar trend ini wujud dikalangan masyarakat ialah melalui pengaruh selebriti secara meluas.

Justeru, menjadikan masyarakat sering mengikuti mereka sebagai kitaran trend fesyen untuk kekal menjadi ikutan masa kini.

Nostalgia turut memainkan peranan bagi menggerakkan trend fesyen yang unik ini dalam lensa arus perdana.

“Trend nostalgia ini menjadi kunci utama bagi mereka untuk memilikinya kerana semasa kecil mereka tidak mampu untuk memiliki pakaian sebegini, dan setelah dewasa, mereka membelinya bagi memenuhi impian dan keinginan mereka sewaktu zaman kanak-kanak,” ujar Fayyadh.

Michael Jordan, atlet bola keranjang pada era 90-an memupuk semangat nostalgia.

(Sumber: Berita DIMENSi / Muhammad Aliff)

Ia juga diberi nafas baharu melalui pakaian vintage yang mempunyai keunikan serta perwatakannya yang tersendiri.

“Tarikan vintage pula adalah sifat rareness, iaitu satu dalam seribu,membuahkan sifat untuk tidak nampak sama selari, sifat mengekspresikan gaya tersendiri melalui pemakaian,” ujar Irwan.

Pakaian vintaj menjadi kegilaan ramai kerana keunikan setiap helaian pakaian.

(Sumber: Berita DIMENSi / Muhammad Aliff)

“Setiap individu mempunyai perasaan ingin menonjol dan berbeza daripada yang lain, bagi menyerlahkan personaliti yang tersendiri,” tambah Fayyadh kepada DIMENSi.

Koleksi pakaian vintaj dipamerkan untuk peminat di KEDAI.

(Sumber: Berita DIMENSi / Muhammad Aliff)

Masyarakat Malaysia gemar mengikuti pasaran trend dalam pemakaian fesyen seperti melonjakkan trend 70-an di mata masyarakat yang lain untuk kekal relevan.

“Masyarakat akan mengikuti trend untuk tidak ingin ketinggalan. Kita juga dapat melihat syarikat besar yang menjual pakaian berdasarkan trend yang terkenal untuk menarik minat masyarakat tempatan,” ujar Fayyadh.

Pemilihan warna cerah dan terang terlihat kontras dengan suasana negara yang beransur pulih dan sedang melalui fasa endemik ini.

Masyarakat ingin meneruskan rutin harian mereka bagi melupakan suasana pilu endemik yang melanda di seluruh negara. Mereka kini lebih gemar mengikut kitaran trend fesyen tempatan dan dunia.

“Rakyat Malaysia ada sifat ingin tahu tentang kitaran dunia fesyen,” katanya lagi.

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menyediakan platform kepada pereka tempatan untuk mempamerkan koleksi serta sasaran kitaran trend fesyen untuk tahun hadapan,” tambah Fayyadh.

Trend 70-an turut memberi nafas baharu serta potensi besar kepada Malaysia bagi melonjakkan ia dalam dunia fesyen antarabangsa.

Kitaran fesyen bersifat come and go tetapi trend 70-an tidak pupus kerana impaknya terhadap landskap fesyen negara masih memberi nafas serta warna buat masyarakat Malaysia.

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!