LIFESTYLE

FESYEN ‘HYPEBEAST’ KINI MEMASUKI PASARAN DI MALAYSIA


Isnin, 24 Mei 2021
Oleh Izzati Idris

Bape Ape Official Boutique, Suria Kuala Lumpur Convention Center (Suria KLCC).

(Sumber: Berita DIMENSi / Izzati Idris)

KUALA LUMPUR – Walaupun ramai yang sudah mengetahui fenomena yang dipanggil sebagai hypebeast kini atau secara terperincinya Hype membawa maksud kepada “kini” dan Beast adalah merujuk kepada obsesi sekaligus ia merupakan label kepada mereka yang amat meminati akan fesyen baharu. Namun, tahukah anda panggilan hypebeast ini merujuk kepada gaya fesyen yang bersahaja iaitu streetwear.


Streetwear merupakan gaya fesyen kini yang menampilkan gaya pakaian bersahaja namun siapa sangka di sebalik gaya yang bersahaja ini, industri fesyen streetwear mampu mencetuskan fenomena dan mencapai jutaan keuntungan serta fesyen yang dijangka tidak akan ketinggalan zaman.


Menerusi kajian yang ditulis oleh laman sesawang rasmi Strategy and Hypebeast, Streetwear dalam maksud mudah adalah bergaya dan pakaian yang bersahaja. Walaupun maksudnya tidak sehebat seperti fesyen sebelum ini namun, fesyen ini dikatakan fenomena yang menjana berjuta-juta untung dalam perniagaan.


Permulaan perkataan hypebeast ini dilihat menjadi fenomena apabila Kevin Ma, seorang blogger yang sanggup beratur seharian di luar kedai kasut bagi mendapatkan koleksi kasut edisi terhad sama seperti pengumpul lain serta menjadikan ia sebagai tujuan utama penulisan dalam blog beliau sejak tahun 2005.


Kejayaan tidak datang bergolek, selepas usaha Kevin Ma yang memakan masa bertahun-tahun dalam menaikkan industri fesyen streetwear kini perkataan hypebeast bukan sahaja bagi kategori namun Kevin Ma sudah berjaya menjadikan kepada sesebuah laman web yang mengulas penuh tentang fesyen, musik, seni serta gajet.


Bermula sebagai pengumpul kasut yang berjenama, kini Kevin Ma menerima dan mempunyai lebih berpuluh juta kunjungan oleh pengikut fesyen menerusi laman sesawang miliknya bersama kerjasama Strategy. Laman sesawang ini memfokuskan kepada perkongsian tentang dunia fesyen hypebeast dan terkini serta informasi tentang dunia gajet dan lain-lain.


Fenomena hypebeast di Malaysia, dilihat berkembang apabila jenama-jenama streetwear antarabangsa yang dikategorikan sebagai hypebeast sudah mula memasuki pasaran Malaysia bagi menemui peminatnya.


Keluaran koleksi terbaru Bape Ape, Malaysia.

(Sumber: Instagram / @bapestore_my)

Antara jenama streetwear antarabangsa yang dilihat mengembangkan sayap perniagaan ke Malaysia ialah jenama mahal Off-White milik pereka fesyen terkenal Virgil Abloh dan jenama streetwear negara Jepun yang terkenal iaitu Bape Ape. Kedua-dua jenama ini merupakan di antara jenama streetwear yang dikategorikan sebagai hypebeast dan diminati ramai.


Lebih menarik lagi, peminat fesyen streetwear kini tidak perlu berhabisan ribuan ringgit bagi perbelanjaan perjalanan ke luar negara untuk mendapatkan koleksi hypebeast ini. Ini kerana buat pertama kali, butik rasmi Bape Ape dan Off-White sudah mula beroperasi di pusat membeli belah, Suria KLCC yang terletak di ibu negara sejak Mac lalu.


Jay Chaw atau dikenali sebagai Jay C, 27, merupakan peminat serta pengumpul barang-barang yang dikategorikan sebagai hypebeast ini. Beliau yang juga pekerja di salah sebuah butik fesyen berjenama terkemuka antarabangsa berpendapat bahawa, kini lebih mudah untuk mendapatkan koleksi baru serta edisi terhad tidak seperti dahulu.


“Ini kerana, pembukaan butik seperti jenama Off-White dan Bape Ape di Malaysia telah memudahkan saya untuk mendapatkan koleksi yang saya mahukan tanpa perlu terbang ke Jepun atau Amerika Syarikat (US) bagi mendapatkannya,” menurut Jay C menerusi temubual bersama Berita DIMENSi menerusi panggilan video aplikasi Facetime.


Bagi Jay C, pembukaan butik fesyen jenama streetwear yang hypebeast ini, mampu menarik lagi ramai peminat fesyen di Malaysia dalam mengumpul barangan serta menjadi penjual semula yang mampu menjana keuntungan yang besar.


Antara jenama yang dikumpul oleh Jay C adalah Bape Ape, Off-White serta pelbagai koleksi kasut edisi terhad dari jenama Nike.


Bagi pekerja di butik Bape Ape pula, Ong Shi Hong, 25, beliau berkata dengan pembukaan butik ini, peminat serta pengumpul barangan hypebeast tidak perlu risau serta membayar harga mahal pada penjual semula kerana butik Bape Ape di Suria KLCC ini menyediakan koleksi penuh buat semua peminat serta mereka akan mengeluarkan keluaran istimewa setiap bulan.


Secara mudahnya, streetwear merupakan gaya fesyen yang dikategorikan sebagai hypebeast. Fenomena hypebeast ini bukan sahaja memfokuskan pada baju sahaja namun penemuan awal gelombang fesyen ini dikatakan bermula dari kasut.

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!