LIFESTYLE

PROGRAM CHIT CHAT MENTAL PUPUK KESEDARAN TERHADAP KESIHATAN PSIKIATRI

Rabu, 8 Disember 2021
Oleh Florina Deris

Sesi Perasmian Program bersama Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah di Zoom

(Sumber: Zoom/ CCKM2021)

KOTA KINABALU: Malaysian Mental Care Association (MeCare) telah menganjurkan program Chit Chat Kesihatan Mental 2021 secara dalam talian bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada setiap bulan Oktober.

Program ini merupakan anjuran MeCare dengan kerjasama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia, Rahmah Support Team, Secretariat of Psychology IIUM (PSYCTA), Kelab Pengurusan Kaunseling (PEKA UMT), Public Health Malaysia, Medical Mythbusters Malaysia, The Patriots, SAYA, Depression Survivors Malaysia dan LAMAN MINDA.

Beliau berkata, penerimaan masyarakat terhadap kesihatan mental semakin terbuka berikutan usaha berterusan yang telah dilakukan oleh golongan profesional dalam bidang kesihatan mental dengan memberikan perkhidmatan advokasi kepada masyarakat.

Pengacara televisyen dan pelakon, Karl Shafek atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim yang juga merupakan pemandiri kemurungan, berkongsi detik sukar yang dilalui beliau sewaktu mengalami kemurungan.

MeCare ditubuhkan pada akhir tahun 2017 yang bertujuan memperjuangkan isu-isu kesihatan mental dan memupuk kesedaran serta pencegahan bunuh diri.

(Sumber: Laman web rasmi / MeCare)

Penyakit kemurungan telah mengganggu fokusnya terhadap kerjaya dan beliau merasakan terdapat perubahan pada dirinya seperti sukar melelapkan mata, sering mengalami kesesakan nafas, dan kerap melihat perkara-perkara aneh.

Menurutnya, beliau tidak tahu bahawa beliau menghidapi penyakit kemurungan sebelum didiagnos.

“Kadang-kadang, apa yang kita lakukan itu tidak menjadi seperti yang kita inginkan dan perkara-perkara tersebut membuatkan saya berasa sangat tertekan dan tidak berpuas hati,” kata beliau yang mengakui bahawa dirinya merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan.

Menurutnya lagi, beliau telah mengalami masalah kebimbangan atau keresahan melampau (anxiety) pada tempoh waktu yang lama tetapi hanya menganggap ia sesuatu perkara yang biasa.

Pada tahun 2019, penyakit beliau semakin teruk di mana ia menjadi semakin sukar untuk dibendung dan dikawal.

“Kesihatan mental saya amat teruk sehingga saya boleh mendengar dan melihat perkara-perkara yang tidak berlaku seperti mendengar bisikan arahan dan sebagainya,” katanya dalam program maya tersebut.

Kerisauan dan ketakutan beliau terhadap tindakan diluar sedarnya menyebabkan beliau segera mendapatkan pertolongan daripada pakar.

Melalui pertolongan tersebut, barulah beliau mengetahui bahawa ianya merupakan sesuatu perkara yang serius.

“Alhamdulillah, saya sedar mengenai penyakit ini. Jika tidak, kemungkinan saya hanya menganggap ia perkara biasa sahaja,” katanya menerusi sesi perkongsian beliau dalam slot pertama program tersebut.

Beliau meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi individu yang mengambil tahu akan kesedaran kesihatan mental.

Tanpa kesedaran itu, stigma buruk terhadap pesakit mental akan terus wujud di kalangan masyarakat dan menyebabkan pesakit mental berfikiran negatif terhadap diri mereka sendiri.

“Jangan stigmakan penyakit mental, sebaliknya, kita perlu membantu orang yang kita sayang atau orang sekeliling yang memerlukan untuk tampil mendapatkan bantuan,” tambah Noor Hisham.

Mereka yang dibelenggu masalah kesihatan mental perlu meminta bantuan daripada seseorang yang dipercayai, kemudian merujuk dan meminta bantuan pakar.

Poster program yang disebarkan melalui media sosial

(Sumber: Telegram/ Info Kesihatan Mental )

Pendengar juga perlu menjadi seorang yang tidak mudah mengkritik serta tahu dimana untuk mendapatkan bantuan kerana ia merupakan langkah awal untuk membantu mereka yang dibelenggu masalah kesihatan mental.

“Saya menyeru dan mengajak masyarakat, bersama-sama cakna akan isu kesihatan mental serta bertindak bagi membantu mencegah tingkah laku yang tidak sepatutnya terutama dalam tempoh pandemik COVID-19 ini,” tambah Noor Hisham dalam ucapan beliau.

Program ini merupakan anjuran MeCare dengan kerjasama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia, Rahmah Support Team, Secretariat of Psychology IIUM (PSYCTA), Kelab Pengurusan Kaunseling (PEKA UMT), Public Health Malaysia, Medical Mythbusters Malaysia, The Patriots, SAYA, Depression Survivors Malaysia dan LAMAN MINDA.

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!