HIP

LAGU BERUNSUR LUCAH DIKECAM NETIZEN

Isnin, 13 Jun 2022
Oleh Ilyanie Hisham

PETALING JAYA - Video muzik berjudul Kelepok Raya yang dimuat naik oleh seorang usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri di Youtube pada 20 April lalu, telah menerima kecaman teruk kerana memaparkan aksi yang tidak sesuai.


Menjadi kontroversi lagi apabila video berkenaan dimuat naik ketika sambutan hari raya Aidilfitri.


Ashraf Johari, 22, penonton video Aidilfitri Kelepok Raya berkata watak dan tarian yang dibawa oleh penari dan penyanyi sendiri seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan tidak menunjukkan cara kita menyambut perayaan hari raya.



“Video muzik tersebut menunjukkan sekumpulan penari lelaki yang bersikap keperempuanan seperti memakai alat solek dan menari seperti beluncas,” katanya menerusi temubual Berita DIMENSi melalui WhatsApp.

Klip video Aidilfitri milik Dato’ Aliff Syukri yang dikatakan mengandungi unsur lucah.

(Sumber: YouTube Rusa Music)

Penari latar belakang juga tidak terlepas daripada dikecam oleh pengguna media sosial di Youtube yang mengkritik mereka dengan mengatakan penari latar belakang video tersebut seperti ‘pondan’.

Penari latar belakang tersebut dikatakan seperti sebegitu kerana melakukan tarian menyerupai perempuan dan aksi yang sensitif serta tidak sopan.


Kecaman daripada Facebook

Antara komen Facebook mengatakan muzik video tersebut menyokong LGBT.

(Sumber: Facebook Mstar)

Video muzik tersebut telah meraih lebih dari sejuta tontonan di YouTube sembilan hari sahaja walaupun ianya mengandungi unsur Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dan aksi yang mengghairahkan dan tidak senonoh.

Aksi-aksi di dalam muzik video tersebut juga telah mencalarkan imej Melayu yang apabila salah seorang penari lelaki memakai singlet tanpa lengan sambil memakai songkok.

Komen Bonda Rozita di laman Instagram milik anaknya, Aliff Syukri.

(Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris)

Bonda Rozita, ibu kepada Dato’ Aliff Syukri juga turut meninggalkan komen pada satu video yang dimuat naik oleh anaknya dan menampakkan beliau langsung tidak bersetuju dengan perangai anak lelakinya itu.

Kebiasaanya orang terkenal, jika melakukan sesuatu pastinya mendapat pujian dan sokongan daripada orang ramai, tetapi berbeza dengan Dato Aliff Syukri yang sering mendapat kecaman apabila memuat naik sesuatu pengeposan atau video.

Rhaudatus Syiffa, 22, seorang Content Creator Bigo, berkata bahawa sebagai seorang yang dikenali oleh beribu-ribu orang, mereka sepatutnya tahu apa yang perlu didedahkan ataupun tidak kepada masyarakat.

“Isi kandungan klip video tersebut sebenarnya perlu mengandungi unsur-unsur yang tidak menjejaskan agama dan juga bangsa, bukannya mendapat kejian daripada khalayak ramai kerana mempersendakan pakaian baju Melayu.

“Dengan kecaman orang ramai, nampaknya marketing trick yang Aliff Syukri gunakan untuk menarik perhatian dan tontonan muzik video dari orang ramai telah berjaya,”terangnya dalam satu temubual bersama Berita DIMENSi melalui Whatsapp.

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!