HIP

HADIAH KECIL NENEK, LAHIR GITARIS UNGGUL

Jumaat, 27 Mei 2022
Oleh Dhiyana Zahid

SHAH ALAM - Meningkat usianya yang ke-16, seorang anak muda timbul rasa tertarik dan minat terhadap gitar apabila melihat rakan-rakanya bermain gitar.


Perjalanan beliau bermula apabila neneknya memberinya RM 80 untuk membeli gitar pertamanya. Semangat dan minat yang tidak luntur selama tiga bulan itu telah mendapat perhatian daripada ayahnya.


Az Abd Samad, 41 atau lebih dikenali sebagai Az Samad merupakan seorang gitaris, komposer dan pendidik. Beliau merupakan seorang graduan daripada Berklee College of Music di Boston, Massachusetts dalam Gubahan Jazz dan Persembahan Gitar Dwi Utama (Summa Cum Laude).


Beliau merupakan anak kepada penulis terkenal, Datuk A. Samad Said yang telah mewarisi kecerdasan dan bakat ayah beliau.

Az Samad bersama salah satu gitar miliknya.

(Sumber: Az Samad)

Berlatar belakangkan seorang anak seni penulisan bukan sahaja menjadikan beliau artistik dalam seni muzik malahan juga dalam bidang penulisan keusahawanan. Karya penulisan beliau berkenaan gitar turut dijual melalui laman sesawang miliknya.

Antara kursus yang dijual oleh Az Samad.

(Sumber: Twitter @azsamad)

Di sebalik kejayaan beliau menjadi seorang gitaris, terdapat beberapa cerita disebaliknya. Gitar bukanlah alat muzik yang pertama diminatinya tetapi keyboard piano menjadi pilihan hatinya terdahulu dek kerana pengaruh kumpulan trio KRU yang popular pada waktu itu.

“Pada zaman tu, cita-cita saya nak main keyboard sebenarnya, jadi saya pergi ke kedai jam di Ampang Park yang ada jual keyboard dan saya tengok harganya dalam RM 800 ke RM 1000, jadi waktu itu saya rasa ianya mahal untuk saya yang berumur 14 tahun pada ketika itu,” kata Az Samad dalam satu sesi temu bual bersama Berita DIMENSi.

Perkongsian Az Samad berkenaan perjalanannya menjadi gitaris di Twitter.

(Sumber: Twitter @azsamad)

Tawaran ayah Az Samad untuk memberi gitar yang lebih baik kepadanya diambil serius sekaligus menjadikan asbab untuk beliau lebih bersungguh-sungguh dalam mendalami seni bermain gitar itu.

Jong Fu Fa, 45, merupakan salah seorang pengikut media sosial Az Samad berkata, hasil perkongsian cara untuk mempelajari gitar di media sosial tersebut telah berjaya memberi inspirasi kepadanya.

“Kaedah pengajaran beliau yang berkemungkinan mengandungi campuran gaya barat profesional dan tempatan itu mudah difahami oleh mana-mana pelajar gitar.

“Dia juga seorang yang mudah mesra kerana anda boleh bertanya kepadanya apa sahaja dan saya rasa dia tidak akan keberatan untuk mengajarnya,” tambahnya lagi ketika ditemu bual oleh Berita DIMENSi.

Minatnya yang mendalam tidak meloloskan beliau dari menghadapi cabaran sepanjang bergelar seorang gitaris. Sifat berputus asa dalam sesuatu perkara adalah normal buat semua orang termasuk Az Samad sendiri namun minat beliau yang terlalu mendalam terhadap gitar sentiasa mengatasi rasa putus asa yang pernah dirasainya.

Az Samad di Dewan Filharmonik Petronas.

(Sumber: Twitter @azsamad)

Beliau turut mengakui bahawa antara cabaran yang dilaluinya sebagai seorang pemuzik apabila muzik itu susah dari segi tempo terlalu tinggi, laju dan terlalu mencabar, cabaran sesama pemuzik dan cabaran dari segi mempromosikan bisnes.

“Bermain muzik ini memerlukan human relationship. Kita bergaul dengan orang dan kadang-kadang ada orang tertentu kita senang nak main muzik sebab dia faham dan boleh dengar kita dan kadang-kadang ada orang tak serasi dengan kita,” ujarnya.

Az Samad dalam satu sesi pengajaran bermain gitar bersama pelajarnya.

(Sumber: Twitter @azsamad)

Walaupun telah berhadapan dengan pelbagai situasi dan cabaran, beliau masih lagi berdiri gah sebagai salah seorang gitaris handalan, komposer dan pendidik sehingga kini.

Like the article? Share it now!