ENTERTAINMENT

GOLD MEDALIST MENGELUARKAN KENYATAAN MENJELASKAN ISU-ISU TULAR SEO YE JI


Isnin, 24 Mei 2021
Oleh Syaza Nadia

Seo Ye Ji sebagai Ko Mun Yeong dalam drama It’s Okay Not to Be Okay.
(Sumber: TheStar)

SEOUL Gold Medalist akhirnya mengeluarkan kenyataan perbincangan semua isu berkenaan Seo Ye Ji yang sedang tular di ruang media sosial.


Pada 13 April lalu, laman sesawang berita Dispatch mengeluarkan bukti perbualan kontroversi antara beliau dengan bekas kekasihnya, Kim Jung Hyun, yang menunjukkan sisi buruknya ketika bercinta.


Antara yang terpampang pada tangkapan skrin tersebut adalah larangan beliau ke atas sebarang adegan dalam drama 2018, Time, yang memerlukan sentuhan antara Kim dan kekasih skrinnya, Seo Hyun dari kumpulan K-pop, Girls’ Generation.


Terjemahan perbualan teks antara Seo Ye Ji dan Kim Jung Hyun yang ditularkan oleh laman sesawang berita Dispatch.
(Sumber: ILOVEKSTARS)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Gold Medalist mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan kurang sopan Kim terhadap Seo Hyun ketika menjalankan tugas di sidang media drama tersebut. Mereka juga berkata bahawa pesanan teks tersebut diambil di luar konteks dan seharusnya tidak dipamerkan kepada umum atas dasar pencerobohan ruang peribadi.


Selain itu, Gold Medalist juga ada menjelaskan khabar angin berkaitan tuduhan pemalsuan latar belakang pendidikan beliau.


Tuduhan ini berasal dari episod 65 rancangan Knowing Brothers pada tahun 2017 di mana beliau disoal oleh ahli-ahli tetap rancangan tersebut mengenai pengajiannya di Sepanyol suatu ketika dahulu.


Dalam episod tersebut, beliau kelihatan yakin bersetuju dengan soalan-soalan seperti tempoh pengajiannya di Sepanyol.


Namun begitu, ramai netizen Korea Selatan mengesyaki beliau menipu.


Sedutan babak Seo Ye Ji dalam rancangan Knowing Brothers, episod 65.
(Sumber: YouTube/ JTBC Entertainment)

Selepas penyiaran episod tersebut, beliau telah ditemubual oleh sebuah syarikat media di mana dia mengatakan bahawa dia tidak pernah mendakwa yang dia adalah graduan ataupun bekas penuntut sebarang universiti di Sepanyol.


Akibat jumlah reaksi negatif yang banyak, Gold Medalist pantas mengeluarkan kenyataan yang pada ketika rakaman rancangan tersebut beliau gementar lalu hanya dapat menjawab “ya” kepada soalan-soalan ahli rancangan popular itu.


Malangnya, empat tahun kemudian, hal ini belum lagi selesai dan telah dibangkitkan semula oleh netizen pada awal April tahun ini.


Perkara tersebut telah mengakibatkan Gold Medalist sekali lagi menjelaskan bahawa beliau memang diterima masuk oleh Complutense University of Madrid di Madrid, Sepanyol bagi menangani keadaan semasa. Pengajiannya tertangguh setelah mula aktif di Korea Selatan yang menyebabkan beliau sukar untuk menghadiri kuliah di Madrid.


Hal terakhir yang dibincangkan dalam kenyataan tersebut adalah berkenaan tuduhan beliau membuli bekas rakan-rakan sekolahnya. Gold Medalist menolak keras kesahihan cerita tersebut.


Selepas meneliti kenyataan penuh Gold Medalist, ramai peminat setia beliau berpendapat bahawa isu-isu berbangkit yang dinyatakan tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap prestasi kerjayanya yang kian meningkat.


Ardee Mohd. Ilyas, 22, yang juga merupakan peminat setia Seo Ye Ji, turut mengutarakan pendapatnya perihal kenyataan tersebut ketika ditemubual oleh pasukan Berita DIMENSi.


“Saya rasa mereka cuma nak betulkan keadaan sahaja. Saya percaya yang semua orang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, termasuk Seo Ye Ji,” menurut Ardee Mohd Ilyas menerusi temubual bersama Berita DIMENSi melalui perbualan telefon.


Ardee juga menyebut perihal pertuduhan yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.


“Tuduhan yang selalunya dikenakan terhadap artis atau selebriti seperti kes tuduhan membuli itu, selalunya tidak ada bukti dan datang dari sumber yang tidak sah. Boleh saja penuduh tu sebenarnya hanya mengejar populariti,” tambah Ardee Mohd Illyas lagi.


Berikut merupakan tangkapan skrin Twitter yang membincangkan kes-kes skandal Seo Ye Ji.


(Sumber: Twitter / @crouchingmoomoo)


(Sumber: Twitter / @aftienun)


(Sumber: Twitter / @Mie_a_name)


(Sumber: Twitter / @AREvans_Wincle4)


(Sumber: Twitter / @gwendo_neo)


(Sumber: Twitter / @PodderHead)

Walaupun terdapat banyak pendapat yang berbeza, terserah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca kenyataan penuh Gold Medalist boleh didapati di sini.

Anda suka artikle ini? Kongsi sekarang!