HIP

FANTASTIC BEASTS 3 : TERENDAH DI ANTARA FRANCAIS

Isnin, 06 Jun 2022
Oleh Iskandar Rafidy

KUALA LUMPUR – Filem yang ketiga bagi francais Fantastic Beasts ini meraih kutipan yang terendah berbanding filem Fantastic Beasts yang pertama kerana berjaya meraih sebanyak USD 74.4 juta (RM 329.2 juta) manakala bagi filem yang kedua mengutip USD 62.2 juta (RM 275.2 juta) untuk pembukaan hujung minggu di AS.


Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore telah pun ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 14 April 2022. Filem yang sangat dinantikan oleh peminat Wizarding World ini menimbulkan pelbagai reaksi penonton kerana jalan cerita yang berlainan daripada filem yang sebelumnya.


Shafik Mutalib, 24, peminat tegar Wizarding World berkata dia berasa tidak puas dengan jalan penceritaan bagi filem kali ini kerana dia mengharapkan plot yang lebih bagus berbanding filem yang sebelumnya.


“Saya juga mengharapkan watak Grindelwald yang dilakonkan oleh Mads Mikkelsen dapat memberikan lakonan yang mantap seperti yang dilakukan oleh Johnny Depp pada filem Fantastic Beasts yang pertama dan kedua,” katanya dalam sesi temu bual bersama Berita DIMENSi secara bersemuka.


Shafik turut menyatakan bahawa keterujaannya untuk menonton filem ketiga ini tidak sama seperti ketika dia menonton Fantastic Beast sebelum ini kerana jalan ceritanya yang berlainan.


Menurut Cinema Blend, filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore ini berjaya meraih kutipan sebanyak USD 43 juta (RM190.2 juta) pada pembukaan hujung minggu di Amerika Syarikat (AS) dan merupakan kutipan tertinggi bagi filem tahun 2022.

Tiga watak penting Fantastic Beasts : The Secrets of Dumbledore, dari kiri, Newt Scamander, Albus Dumbledore dan Gellert Grindelwald.

(Source : Warner Bros)

Filem yang ketiga ini merupakan kesinambungan daripada filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, pengakhiran filem tersebut menunjukkan Gellert Grindelwald yang membawa watak jahat berjaya mengumpul dan menarik pengikut untuk menyokong agendanya.

Fantastic Beasts yang terbaru ini pula mengisahkan tentang seorang ahli sihir, Newt Scamander yang telah diberi misi dan kepercayaan oleh Professor Albus Dumbledore untuk mematahkan dan menghalang agenda jahat Gellert Grindelwald yang ingin mengetuai dunia sihir dan sejurus itu melancarkan peperangan dengan dunia Muggles.

Walaupun filem ini menduduki tempat pertama untuk pembukaan hujung minggu di AS, orang ramai terutamanya peminat Wizarding World menunjukkan reaksi yang tidak memuaskan kerana mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap filem ketiga ini.

Watak Gellert Grindelwald sebelum ini telah dibawa dan dilakonkan oleh Johnny Depp pada filem Fantastic Beasts yang pertama dan yang kedua. Namun, pada filem yang terbaru ini Johnny Depp digantikan oleh Mads Mikkelsen atas sebab - sebab yang tertentu.

Watak Gellert Grindelwald yang sebelum ini dipegang oleh Johnny Depp kini dibawa oleh Mads Mikkelsen untuk filem Fantastic Beasts : The Secrets Of Dumbledore.

(Source : Warner Bros)

Rahim Mukhsin, 23, penggemar filem yang berunsur magik dan fantasi turut merasakan kelainan dalam filem terbaru ini namun dia hanya memfokuskan pada penggunaan teknologi yang digunakan dalam filem tersebut.

“Saya berasa seronok menonton filem ini kerana adegan magik yang sangat menarik iaitu penggunaan computer-generated imagery (CGI) yang digunakan sangat bagus bagi menghidupkan watak dan jalan cerita filem.” terangnya dalam temu bual bersama Berita DIMENSi secara bersemuka.

Francais filem Fantastic Beasts ini tetap menjadi tanda tanya oleh peminat sama ada akan diteruskan atau ditamatkan memandangkan pembukaan hujung minggu filem yang ketiga ini mendapat kutipan yang terendah berbanding filem Fantastic Beasts yang sebelumnya.

Like the article? Share it now!