HIP

ALAMI PENGALAMAN TERBAIK KOREA DI KOREA FEST 2022

Jumaat, 11 November 2022
Oleh Intan Aliah

Selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19, Korea Fest anjuran Organisasi Pelancongan Korea (KTO) kembali untuk kali ke sembilan sejak mula diadakan pada tahun 2014. 

Festival Korea 2022 telah berlangsung di tingkat bawah pusat beli-belah LG Oval, 1 Utama di selama tiga hari bermula 4 November lalu.

Festival Korea 2022 berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, 

Petaling Jaya dari 4 hingga 6 November.

Menurut kakitangan produk History of Whoo Nana Azmi, 24, objektif utama festival ini diadakan adalah untuk memperkenalkan adat di negara Korea dan juga tawaran menarik untuk ke Korea. 

Nana berkata festival ini amat meriah dengan kedatangan

 pengunjung yang ingin mengetahui tawaran yang ada.

“Saya tidak sangka festival seperti ini boleh menarik minat orang ramai. Mereka begitu teruja apabila festival ini dijadualkan semula selepas ditangguhkan akibat COVID-19,” katanya.

Bukan itu sahaja, Nana turut memberitahu selain mempromosikan budaya Korea, KTO Malaysia juga menawarkan tiket pelancongan ke Korea dengan harga yang berpatutan. 

“Dengan mengadakan festival ini, peminat Korea akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang budaya Korea yang mereka lihat dan tonton di media sosial,” tambahnya.

Katanya lagi, terdapat beberapa permainan tradisional Korea yang boleh disertai pengunjung seperti 'Ddakji' dan 'Curling'.

Kebanyakan pelanggan yang datang ke ‘booth’ adalah dari golongan ibu bapa yang ingin membeli tiket pelancongan ke Korea.

Permainan tradisional ‘curling’.

Selain daripada itu, majoriti yang hadir ke festival ini adalah peminat Korea yang ingin mencuba dan mengetahui lebih mendalam tentang budaya dan permainan Korea.

Nur Husnina, 22, salah seorang peminat K-pop yang hadir berkata, beliau sangat teruja melihat persembahan seperti 'dance cover' daripada kumpulan K-pop yang diminatinya di festival itu.

"Saya berasa sangat tertarik untuk melihat budaya Korea tiba di Malaysia.

"Bukan sahaja saya boleh menonton tarian K-pop secara langsung, tetapi saya juga dapat memakai pakaian tradisional yang dikenali sebagai Hanbok," katanya.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk menerima sagu hati apabila mereka telah mendapatkan cop di setiap ‘checkpoint’ yang diberi.

Festival yang berlangsung selama tiga hari tersebut boleh dikatakan amat meriah dengan adanya pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung yang hadir. 

Duta KTO, Lee Jae Wook yang tidak dapat hadir bagi menghormati mangsa-mangsa insiden di pesta halloween di Itaewon, Korea.

(Sumber: Instagram @jxxvvxxk)

Bagaimanapun, Lee Jae Wook, pelakon utama drama 'Alchemy of Soul' dan duta KTO Malaysia, tidak dapat hadir kerana menghormati mangsa insiden pesta Halloween di Itaewon, Korea.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Korea Tourism Organization Malaysia.

(Sumber: Twitter @theseoulstory)

Like the article? Share it now!