FOCUS

WASPADA TAKTIK ‘SCAMMER’


Ahad,13 Ogos 2022
Oleh Anis Suraya

SEREMBAN: Golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi sasaran baru sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian, dengan menggunakan pelbagai kaedah jenayah siber pada masa kini.


Perkara ini didedahkan apabila seorang mahasiswa universiti tempatan menjadi mangsa sindiket Macau Scam dengan jumlah kerugian melebihi RM15 ribu selepas ditawarkan bekerja sambilan secara atas talian, Ogos lalu.


Mangsa, Ain (bukan nama sebenar) berusia 23 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 (IPD) sehari selepas kejadian berlaku.


Pegawai Penyiasat Daerah Seremban 2, Mohammad Fikri bin Mokhtar berkata, golongan mahasiswa telah menjadi sasaran baru Macau Scam dengan menjerat mereka dengan kata-kata manis seperti menghadiahkan bayaran lumayan.


Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa menerima tawaran kerja sambilan setelah tertarik dengan iklan di Facebook.

Inspektor Fikri buka kertas siasatan Macau Scam.

(Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2)

“Mangsa dikehendaki untuk membuat tangkapan skrin gambar barang di Shopee dan diminta untuk membayar jumlah gambar tersebut sebelum diberi komisen.


“Mangsa juga telah dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus jika berjaya menyelesaikan tugas pada masa yang telah ditetapkan,” katanya.


Fikri Mokhtar menjelaskan bahawa mahasiswa tersebut telah menerima bayaran pertama setelah menyelesaikan tugas dan perkara itu telah menarik minat mangsa untuk melakukan tugas seterusnya.


Bagaimanapun, mangsa mula berasa curiga apabila nilai harga tugas yang diberi semakin tinggi sehingga mangsa tidak terdaya lagi untuk meneruskannya.


Beliau berkata, mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran pada tiga akaun yang berlainan dan tugasan tersebut perlu diselesaikan dalam masa 20 minit sebelum akaun yang dikatakan milik mangsa ditutup serta pemulangan bayaran tidak akan dibuat.

Antara mangsa-mangsa yang dijadikan ‘keldai akaun’.

Katanya lagi, mangsa telah memberi amaran pada pihak tersebut untuk menyerahkan kembali wang sebelum mangsa bertindak membuat laporan polis, namun mereka tidak peduli.

Siasatan awal mendapati sebuah syarikat dikenali sebagai Primal Malaysia dilabel sebagai ‘scammer’ dalam laporan polis pertama yang dibuat mangsa.

Kenyataan palsu dari Primal Malaysia.

(Sumber: Facebook Info Scammer Pinjaman Seluruh Malaysia)

Sehubungan itu, Fikri Mokhtar menasihati orang ramai untuk membuat semakan nombor telefon dan tidak mudah percaya dengan pekerjaan yang menjanjikan pulangan lumayan kerana tidak ada kerja yang “easy money” (wang yang diperoleh dengan cara yang meragukan).


Dalam pada itu, siasatan sindiket tersebut dijalankan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Like the article? Share it now!