FOCUS

MEDIA SOSIAL MAIN PERANAN PENTING DI PRU15

Ahad, 13 November 2022
Oleh Al-Aqsha

SHAH ALAM: Media sosial telah membawa pengaruh besar kepada undian setiap parti pada Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) dalam menarik perhatian pengundi muda. 


Menurut penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, media sosial telah mendekatkan diri calon kepada pengundi terutama golongan muda.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Dr. Azizuddin Mohd Sani 

(Sumber: Premium Sinar Harian)

“Misalnya calon muda seperti Syed Saddiq dapat menarik minat golongan tersebut melalui platform media sosial untuk meraih undi.


“Bagaimanapun, bagi penduduk diluar bandar tetap ingin merasa dekat dengan mereka (calon) dengan melakukan kempen dari rumah ke rumah, memperbanyakkan ceramah dan alternatif lain yang boleh mendekatkan calon dan rakyat,” katanya.


Beliau menjelaskan, golongan muda yang baru pertama kali mengundi telah mengubah landskap politik dan pola undian untuk setiap parti.


“Isu rasuah juga memainkan peranan penting. Namun, pengundi luar bandar tidak terlalu fokus dengan perkara tersebut berbanding pengundi di bandar kerana mereka lebih mementingkan soal agama,” katanya.


Semasa kempen PRU-15 lepas, beberapa calon pelbagai parti giat menggunakan media sosial sebagai salah satu platform untuk berkempen, antaranya adalah Adam Adli dan Datuk Mazlee Malik di Twitter sementara Syed Saddiq dan Nurul Izzah giat di TikTok.


Calon menggunakan media sosial untuk mewar-warkan aktiviti, manifesto dan juga ‘promosi diri’ bagi pengundi mengenali calon dengan lebih rapat. 


Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU-15 mencipta sejarah apabila tiada parti yang memenangi majoriti mudah, hampir mengulangi sejarah PRU-14.


“Tewasnya parti kerajaan berlaku disebabkan tiada parti yang mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan di Malaysia, kerana memerlukan gabungan dan mana-mana parti yang mendapat jumlah undian yang tertinggi maka dapatlah mereka membentuk kerajaan,” ujar beliau.


Menurut mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aiman Najwa Yusof, 26, berkata golongan muda masa kini lebih gemar menggunakan media sosial sebagai rujukan mereka.

Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aiman Najwa Yusof.

“Calon yang menggunakan media sosial dan membuat posting mengenai apa yang mereka lakukan supaya dapat menarik minat pengundi.

“Bagaimanapun, rakyat perlu melihat kepada semua faktor dalam memilih calon supaya kerajaan yang mentadbir mampu membentuk kerajaan yang lebih kukuh,” kata Aiman.

Menurut ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia, Mohd Amir Murshidi menyatakan bahawa media sosial adalah satu platform yang mudah dan ‘berbisa’ untuk calon atau pengundi bersuara.

Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia, Mohd Amir Murshidi.

“Media sosial seperti twitter misalnya menjadi penting untuk sesetengah pihak mengetahui isu semasa berkaitan pilihan raya.

“Namun semua pihak harus bijak menilai sebelum mengundi atau berkempen kerana banyak fitnah yang berlaku melalui media sosial yang mudah dipengaruhi jika tidak dikaji sepenuhnya,” ujar beliau.

Like the article? Share it now!