FOCUS

KEGANASAN RUMAH TANGGA: WANITA JANGAN GENTAR!

Rabu, 16 November 2022
Oleh Syazana Saiful

Mangsa keganasan rumah tangga (KRT) sering buntu untuk mendapatkan bantuan, terutamanya jika mereka telah mengalami trauma akibat serangan fizikal dan mental.


Terdapat dalam kalangan mangsa juga tidak peka kepada siapa mereka perlu mengadu, selain memerlukan sokongan moral daripada rakan atau keluarga terdekat. 


Menurut Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Nasional (WIN) Norhimah Aziz, keganasan rumah tangga tidak mempunyai kategori sama ada ia serius atau tidak, tetapi apabila ia berkaitan dengan kecederaan fizikal, mental, atau seksual, seseorang itu memerlukan perlindungan.

Norhimah Aziz menjelaskan bahawa mangsa perlu peka terhadap saluran mana mereka perlu rujuk jika ingin mendapatkan perlindungan.

Terdapat juga kes di mana pemangsa bertindak di luar kawalan sehingga menyebabkan mangsa panik dan lari ke rumah keluarga mangsa.

 

Namun, Norhimah tidak menyarankan untuk bertindak sedemikian jika hal itu berlaku kerana terdapat kes pemangsa bertindak agresif dengan membakar kereta dan memeras ugut keluarga mangsa. 


“Mangsa perlu mencari pusat perlindungan berdaftar dahulu seperti melayari portal Kementerian Pembangunan Wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita,” katanya lagi.


Norhimah turut menyatakan agensi Non-governmental organization (NGO) seperti Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Sisters In Islam (SIS) lebih banyak menguruskan kes keganasan rumah tangga manakala WIN hanyalah penghubung bagi merujuk mangsa kepada agensi-agensi berkaitan. 


“Saya ingin menasihati mangsa, sekiranya berlaku sesuatu yang memerlukan kita keluar rumah untuk mendapatkan perlindungan, pastikan anda mempunyai akses kepada dokumen penting seperti sijil kelahiran, kad pengenalan, passport, buku bank dan sebagainya,” tambah Norhimah. 

Bagaimanapun, ada juga sesetengah kes di mana mangsa takut untuk keluar mendapatkan bantuan.


Baru-baru ini, tular di sosial media mengenai klip penderaan dilakukan oleh bekas suami penyanyi dangdut Amelina ke atas isteri barunya. 


Redhuan Mahamood, 58,  memukul isterinya dengan menyeret dan menendangnya sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak.  


Pendera didakwa apabila warga net mula tular klip video penderaan sehingga tertangkapnya pelaku. 


Redhuan dijatuhkan hukuman penjara bermula pada tarikh dia ditangkap pada 19 November, serta tambahan sebulan penjara jika dia gagal membayar denda.


Susulan kejadian itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika pertuduhan terbukti.


Pegawai Psikologi Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Nur Farahzawanah Ali berkata, sebilangan mangsa lazimnya menanamkan sentimen bahawa mereka dipukul apabila mereka melakukan kesilapan.

Nur Farahzawanah Ali berkata dari sudut psikologi, keganasan rumah tangga tidak bermakna hanya penderaan fizikal tetapi juga ia boleh terjadi dari penderaan seksual.

"Ini berlaku apabila mangsa mengalami trauma akibat peristiwa sebelumnya, seperti diugut dengan objek tajam, dipukul dan disepak. Malah, ada juga kes pemangsa mengugut tentang anak-anak," katanya.

Farahzawanah menambah, mangsa selalunya akan mengalah apabila pemangsa mula mengugut mengenai keselamatan anak anak kerana seperti yang kita tahu, kaum wanita ini akan menjadi lemah apabila dikaitkan tentang anak-anak.

"Maksud penderaan di sini tidak semestinya berlaku secara fizikal sahaja, namun boleh terjadi daripada penderaan seksual, penderaan psikologi seperti berbentuk hinaan, cacian, dinafikan hak atau tidak diberikan nafkah.   

Kesan kepada anak daripada keluarga yang mempunyai masalah keganasan rumah tangga (pembuli) yang membuli pelajar yang lain.

(Sumber: Edisi 9) 

Jelas sekali, apabila berlakunya keganasan rumah tangga, mangsa kedua yang terlibat sudah semestinya anak-anak. 

Nurul Akhmar berkongsi pengalamannya menguruskan pelajarnya yang mempunyai masalah keluarga yang latar belakangnya dari keluarga yang bercerai atau berpisah.

Menurut seorang guru kaunseling di negeri Perlis, Nurul Akhmar, beliau mendapati kebanyakan pelajar yang hadir untuk sesi kaunseling bersamanya mempunyai masalah dengan keluarga.

“Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah berkaitan dengan keluarga ni berpunca daripada masalah kurang mendapat perhatian.

“Justeru itu, pelajar yang mempunyai masalah sebegini di rumah akan mula bertindak agresif seperti membuli dan mencederakan orang lain hanya untuk mendapatkan perhatian. 

"Untuk pelajar yang bersikap pasif pula akan lebih cenderung untuk berdiam, kurang bercakap dan suka menyendiri,” jelasnya.

Nurul turut berkata, pelajar ini kebiasaannya emosi mereka terganggu kerana cuba menyembunyikan permasalahan mereka.

Like the article? Share it now!