FOCUS

ILMU PENGUNDI MAHASISWA TIDAK MENYELURUH

Isnin, 7 November 2022
Oleh Natalhia Nordin

SHAH ALAM: Wujud kebimbangan mengenai tahap ilmu mengundi dan kematangan  untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini apabila ia menyaksikan sekitar 75 peratus belia berumur 18 bakal mengundi untuk pertama kali. 


Penganalisis politik, Centre for Electoral Education and Democracy, Amerul Muner Mohammad menyuarakan tentang kepentingan golongan mahasiswa didedahkan dengan dunia politik dan bukan hanya sekadar terpengaruh dengan keadaan dan masyarakat sekeliling.

Amerul Muner Mohamad menyatakan minat mahasiswa mengenai pilihan raya ke-15. 

(Sumber: Malaysia votes Now)

“Pengetahuan mereka berkaitan undi berada di tahap yang rendah dan mereka dianggarkan berada di tahap empat sekiranya 10 menandakan anggaran terbaik. Antaranya disebabkan pendedahan terhadap pilihan raya dan ilmu politik yang tidak komprehensif.


“Pengajian berkaitan pilihan raya dan politik hanyalah sebahagian daripada subjek pembelajaran seperti Pengajian Am dan Sejarah. 


“Oleh itu, pendidikan memainkan peranan besar dan budaya politik di Malaysia yang menganggap politik hanya diurus oleh ahli-ahli politik turut menjadi punca kepada isu ini,” kata beliau.


Amerul turut berkongsi tentang kajian beliau yang menunjukkan golongan ini tidak serius untuk mengundi kerana setiap parti politik dianggap sama dan mempunyai persepsi bahawa setiap parti politik hanya mementingkan keuntungan mereka.

Saluran belia beratur mengundi.

“Beberapa perkara yang menjadikan PRU ke-15 ini mencabar adalah kerana golongan muda termasuk mahasiswa takut untuk membuat satu keputusan yang besar seperti keputusan mereka untuk membentuk dasar kerajaan. 

“Mereka juga menganggap undian mereka tidak bernilai kerana negara akan tetap sama seperti sedia kala disebabkan oleh agenda parti-parti politik,” kata beliau lagi. 

Manakala, peserta UiTM Election Facilitator (UEF), Al'lias Che Rahim, menyatakan bahawa ilmu pengundi harus diutamakan sebelum hari mengundi kerana ramai rakan mahasiswanya masih tidak mempunyai pengetahuan asas mengundi.

Al'lias Che Rahim memberitahu bahawa majoriti mahasiswa tidak tahu asas mengundi

“Sebelum diajar menerusi program UiTM Election Facilitator (UEF), majoriti mahasiswa tidak mengetahui bahawa pendaftaran pengundi baru telah dilakukan secara automatik oleh SPR dan mengundi itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat.

“Selain itu, majoriti mahasiswa menganggap segulung ijazah lebih penting dan harus dititikberatkan sekiranya ingin mengubah masa hadapan negara berbanding turun mengundi walaupun ia mampu memberi pembaharuan,” tambahnya lagi. 

Like the article? Share it now!