INTERACTIVE

SELAMI ALAM MISTIK HANTU-HANTU DI MALAYSIA


Hutan merupakan salah satu tempat yang menyeramkan.
(Sumber: Flickr / Oliver Henze)

Mistik, paranormal dan alam ghaib sudah menjadi asam garam dalam kehidupan kita sejak azali lagi, hal ini berikutan kita sering diingatkan oleh nenek moyang akan kewujudan makhluk-makhluk halus ini. Jika dahulu, masyarakat berpegang kuat pada kewujudan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun kini, masyarakat sudah lebih terbuka untuk menerima adanya makhluk halus selain manusia di atas muka bumi ini.


Husnina Sujak, 22, bekas pelajar yang tinggal di asrama sebuah sekolah di kawasan Bagan Datuk menceritakan pengalamannya sepanjang tinggal di situ.


“Pada malam Jumaat minggu ketiga bulan Jun, kebiasaannya kami akan mendengar seperti ada orang sedang berkawad di dataran asrama pada jam satu pagi ke atas.


“Kadang-kadang terdengar suara anak-anak kecil berlari di sepanjang koridor. Namun, lama-kelamaan perkara itu menjadi kebiasaan,” katanya ketika dihubungi oleh Berita DIMENSi melalui aplikasi WhatsApp.


Secara umumnya, hantu, roh, dan makhluk alam lain tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tarik nafas dalam-dalam dan teruskan membaca koleksi cerita hantu di bawah. Tekan butang main untuk muzik.

Hantu-hantu di Malaysia.

Ikuti kuiz berikut untuk mengetahui hantu apa yang memerhatikan anda!


Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!