INTERACTIVE
KERETA BUATAN MALAYSIA: PROTON KEBANGGAAN NEGARA


Kebanggaan negara, PROTON.
(Sumber: SoyaCincau)

Bercakap tentang kereta keluaran Malaysia, apakah yang terbayang di fikiran anda? Perodua atau Proton?


Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mengetahui serba sedikit tentang latar belakang industri automotif yang juga merupakan salah satu tunjang kepada ekonomi negara.


Dengan peralihan zaman yang serba moden dan canggih kini, syarikat automotif di Malaysia bertungkus-lumus dalam memastikan agar pengeluaran produk mereka tidak ketinggalan zaman serta sentiasa memenuhi citarasa pengguna.


Walaupun Proton telah ditubuhkan pada sejak 1985 lamanya, namun syarikat ini masih memperlihatkan inovasi baharu dari segi keupayaan reka bentuk, operasi pengeluaran, pembekalan komponen dan macam-macam lagi.


PROTON merupakan singkatan bagi PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad iaitu syarikat pengeluar kereta pertama Malaysia dengan modal pengeluaran sebanyak 150 juta ringgit yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Penubuhan Proton merupakan gagasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, bertujuan untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.


Asas pertubuhan PROTON dikatakan berasas daripada idea Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada 1981.


Seterusnya pada tahun yang sama di bulan Februari, satu pasukan projek berjaya ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi menjalankan penyelidikan dan menandatangani perjanjian bersama Mitsubishi.


Sehubungan dengan itu, pihak Berita DIMENSi telah berpeluang untuk menemu bual seorang pekerja syarikat PROTON yang telah berkhidmat selama 10 tahun iaitu Encik Yusof Ayop dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.


Sesi temu bual ini telah diadakan untuk bertanyakan serba sedikit latar belakang syarikat Proton dan 5 kereta terbaik pilihan beliau yang telah dihasilkan oleh syarikat Automotif kebanggaan Malaysia ini.


“Hendak diceritakan, terdapat banyak pengalaman pahit dan manis saya sepanjang bekerja di syarikat ini.


"Walaupun penat, minat saya terhadap kereta lah yang membuatkan saya bertahan untuk bekerja dalam bidang ini selama satu dekad.


“Jika anda bertanyakan saya tentang 5 kereta pilihan yang telah dihasilkan Proton, Proton Saga tidak terkecuali kerana ia melambangkan titik permulaan kejayaan negara dalam bidang automotif. Selain itu, saya memilih Proton Persona kerana harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik pada masa itu.


“Kereta pilihan saya yang seterusnya ialah Proton Satria Neo kerana kereta tersebut menjadi salah satu titik permulaan bagi kereta jenis sporty yang dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi,” kata Yusof.


Tambah beliau lagi, kereta Exora turut menjadi pilihan beliau kerana ia mampu memuatkan ramai penumpang. Kereta X50 juga tidak ketinggalan kerana ia melambangkan peningkatan kualiti dari segi teknologi dek penambahan ciri-ciri yang membuktikan bahawa teknologi kereta buatan Proton setanding dengan negara-negara maju yang lain.


Untuk penjelasan yang lebih mendalam lagi, kami akan membawa anda ke sebuah eksplorasi yang semestinya memikat hati anda semua dengan kehebatan dan kecanggihan kereta buatan jenama Kebangaan Malaysia iaitu Proton.



Ikuti kuiz di bawah untuk mengetahui anda jenis kereta apa!

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!