INTERAKTIF
KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN GIGI


Kesihatan gigi dan mulut haruslah dititikberatkan dari usia yang muda agar tidak memudaratkan diri dewasa kelak.

(Sumber : Afterschool.my)

Penjagaan kesihatan gigi dan mulut amat penting walaupun sering diabaikan oleh masyarakat. Ianya merupakan tanggungjawab individu tersebut untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut bagi membantu mencegah kerosakan berlanjutan yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit gusi yang serius.


Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut haiwan dan manusia yang berfungsi untuk memotong dan mengunyah makanan.


Penjagaan kesihatan gigi bukanlah sekadar memberus gigi setiap hari, namun turut merangkumi pelbagai aspek yang perlu diamalkan bagi memastikan gigi sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat.


Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan kerosakan gigi. Antaranya adalah dengan makan makanan berkhasiat yang kaya dengan kalsium dan vitamin D. Amalan minum susu misalnya boleh membantu menguatkan struktur gigi.


Bahkan, tabiat pengambilan makanan bergula seperti coklat, gula-gula dan donut perlulah dikurangkan kerana boleh merosakkan keadaan gigi. Kita juga disarankan untuk menggosok gigi sebanyak dua kali sehari, iaitu selepas bangun daripada tidur dan sebelum tidur.


Bagi mengekalkan keadaan gigi yang sihat, kita perlu menjalani pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan cara ini, kita dapat mengetahui keadaan gigi sama ada sihat atau hampir rosak.


Penjagaan gigi perlu dititikberatkan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana dalam Islam menjaga kebersihan itu adalah separuh daripada iman.


Oleh itu, kami telah menyediakan tinjauan untuk anda menjawab dan memberitahu kami sejauh mana anda menjaga kebersihan gigi anda.



Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!