INTERACTIVE
KENALI SI BULUS


Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan kegemaran ramai.
(Sumber: Unsplash / Iz & Phil)

Kucing sangat terkenal dengan personaliti mereka yang manja dan comel. Bagi pencinta kucing, kucing adalah peneman dan dapat menghilangkan tekanan. Namun, wajar untuk semua penjaga kucing tahu jenis-jenis kucing yang mereka pelihara, jenis-jenis penyakit kucing dan jangka hayat mereka.

Fazlyn Yu Farid bersama kucingnya.
(Sumber: Fazlyn Yu Farid)

Fazlyn Yu Farid, 23, merupakan pelajar tahun akhir jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, membela seekor kucing berbaka kucing Siam yang diberi nama Mocha oleh keluarganya.


“Tahun ini genap kami membela Mocha selama lapan tahun dan dia sudah kami anggap seperti sebahagian dari keluarga kami.


“Pada mulanya Mocha hanya kucing jalanan yang sering datang ke kedai makan kami, kerana sifatnya yang terlalu manja, kami mengambil keputusan untuk membawanya pulang dan menjadikan sebagai haiwan peliharaan di rumah.


“Kami mempunyai dua ekor kucing yang lain, khuatir akan dijangkiti sebarang penyakit dari Mocha, kami membawanya untuk mengambil vaksin terlebih dahulu,” katanya kepada Berita DIMENSi menerusi temu bual di Google Meet.


Sepanjang Fazlyn sekeluarga menjaganya, cuma sekali sahaja Mocha diserang penyakit kronik iaitu batu karang yang memerlukan kos ubat-ubatan.


“Kami mula perasan Mocha sukar untuk membuang air kecil dan air besar serta kelihatan agak lemah.


“Bimbang dengan keadaan itu, kami sekeluarga bergegas ke klinik haiwan dan doktor memberitahu bahawa Mocha menghidap batu karang,” katanya lagi.


Rahman Badrillan, 26, merupakan pencinta kucing yang membela tiga ekor kucing dari baka yang berbeza antaranya kucing jalanan, Persian flat-face dan Cymric.


Bagi Rahman, menjaga kucing merupakan satu perkara yang mudah kerana kucing juga dicipta oleh Tuhan sama seperti manusia. Cuma yang membezakan adalah manusia dipinjamkan akal oleh Tuhan manakala kucing tidak.


“Pertama, kita hendaklah pandai bermanja dengan si kucing, jika kita didekati kucing, luangkan masa dan bermainlah dengannya.


“Jika kita tidak meluangkan masa untuk bermanja dengan ia, pada masa akan datang kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk bermanja atau bermain dengannya.


“Selain itu, kebersihan kucing juga perlu dijaga contohnya memandikan ia, tetapi terpulang kepada pemilik kucing itu sendiri sama ada nak mandikan sendiri atau bawa ke pusat penjagaan kucing kerana lain kucing, lain cabaran atau reaksinya terhadap air,” kata Rahman ketika ditemu ramah secara bersemuka oleh wartawan Berita DIMENSi baru-baru ini.


Walaupun cara penjagaan kucing ini sama bagi beliau setiap kucing mempunyai karakter atau perwatakan yang berbeza.


Ikuti kuiz di bawah untuk meng
uji pengetahuan anda tentang kucing!

Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!