INTERACTIVE

JOM EKSPLORASI ALAM HAIWAN PURBA!


Dinosaur merupakan salah satu haiwan purba yang telah lama pupus dari muka bumi ini.
(Sumber: WallpaperCave)

Apabila bercakap tentang haiwan purba, perkara pertama yang terbayang dalam minda anda pasti dinosaur, bukan? Jika ya, anda perlu tahu bahawa dinosaur merupakan hanya salah satu spesies daripada berjuta spesies haiwan purba yang telah wujud beratus juta tahun yang lepas!


Jadi jika anda merupakan peminat filem Jurassic Park ataupun Ice Age, artikel ini akan membawa anda eksplorasi dan terokai dunia alam haiwan purba dengan lebih mendalam lagi!


Dari tahun ke tahun, banyak penemuan fosil yang telah diterokai oleh pengkaji-pengkaji di dalam mahupun luar negara sekaligus merungkai satu persatu persoalan tentang kebenaran kewujudan haiwan-haiwan ini pada masa dahulu.


Di Malaysia sendiri, Berita DIMENSi berpeluang untuk menemu bual Atilia Bashardin, seorang ahli Paleontologi ataupun pengkaji fosil daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kota Bharu, Kelantan, menerusi panggilan video di aplikasi Google Meet.


Beliau berkongsikan pengalamannya mengikuti program Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur ke Gunung Gagau, Hulu Terengganu, pada tahun 2014, yang merupakan inisiatif daripada pihak JMG.


“Ekspedisi tersebut merupakan usahasama JMG dan institut pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta turut disertai oleh beberapa wakil pengkaji dari Thailand.


“Kami telah menemukan fosil gigi milik Iguanodon yang merupakan fauna pertama berkait rapat dengan spesies dinosaurus yang dijumpai di negeri Terengganu.


“Ini juga merupakan penemuan kedua selepas penemuan spesies yang sama di Korat, Thailand. Penemuan ini sangat menakjubkan sekaligus meningkatkan peluang untuk fosil-fosil di sekitar kawasan Malaysia turut dijumpai dari semasa ke semasa,” tambah beliau.


Untuk membawa anda dengan lebih dekat lagi mengenali haiwan prasejarah yang sangat menakjubkan ini, Jom Eksplorasi Alam Haiwan Purba di bawah ini!



Ayuh uji tahap kefahaman anda terhadap haiwan purba!


Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!