INTERACTIVE

BTS: FENOMENA INDUSTRI MUZIK GLOBAL


BTS semasa kemunculan semula bersama digital single ‘Dynamite’.
(Sumber: Grammy / Ana Monroy Yglesias)

Bagi peminat muzik Korean Pop ataupun K-pop sudah pasti nama boy group ini tidak asing lagi dan juga sudah pasti peminat K-pop amat mengenali kumpulan ini. Bangtan Sonyeondan ataupun lebih dikenali sebagai BTS merupakan boy group yang menjadi fenomena terbesar dunia yang berasal dari negara Korea Selatan.

BTS pada awalnya ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan sebuah kumpulan Hip Hop yang dibentuk oleh syarikat bernama Big Hit Entertainment di mana mereka ketika itu masih lagi sebuah syarikat kecil dan tidak tergolong dalam syarikat ‘The Big 3’ di dalam industri K-pop.

Kita dapat saksikan kumpulan ini berjaya mengukuhkan namanya sebagai salah satu kuasa muzik besar dari Asia apabila mendapat pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di samping menarik peminat yang bukan hanya dari Korea Selatan dan Asia, bahkan serantau Amerika dan juga negara-negara Eropah.

Berita DIMENSi turut menemubual Nayli Nasrena, 23, menerusi aplikasi WhatsApp yang merupakan salah seorang peminat tegar BTS, yang turut berkongsi pendapat tentang ketua BTS, Kim Namjoon atau RM yang mewakili kumpulan tersebut.

“Ini merupakan salah satu pencapaian terbesar mereka kerana BTS adalah kumpulan K-pop yang pertama di jemput oleh PBB sendiri untuk memberi ucapan berkenaan kempen anti keganasan terhadap kanak-kanak,” jelas beliau.

Pada tahun 2018, BTS telah dijemput untuk memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berjaya mengumpul dana sebanyak 1 juta USD bagi tujuan kempen anti keganasan terhadap kanak-kanak.

Jika anda mahu kenali siapa BTS dengan lebih mendalam lagi, jom tekan paparan di bawah ini!


Adakah anda seorang ARMY? Cuba jawab kuiz ini!


Anda suka artikel ini? Kongsi sekarang!