CAMPUS

PERANTI SISWA: YANG BERHAK TIDAK DAPAT?

Rabu, 16 November 2022
Oleh Arif Annuar 

SHAH ALAM: Mahasiswa yang tidak berpuas hati tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah itu berpunca daripada mereka yang tidak jujur dan tidak prihatin terhadap bantuan yang diberikan.

Difahamkan bahawa proses untuk kelulusan mahasiswa untuk mendapatkan bantuan Peranti Siswa adalah amat sukar kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

Ramai mahasiswa yang seharusnya menerima bantuan Peranti Siswa telah meluahkan rasa tidak puas hati mengenai ketidakadilan dalam kelulusan penerimaan peranti tersebut. 

Najwa turut kesal dengan sesetengah mahasiswa yang mengambil kesempatan dengan menjual peranti siswa mereka
Sumber: Najwa Zolkafali

Najwa Zolkafali, 22, yang telah memohon bantuan peranti daripada Universiti Teknologi MARA Shah Alam, menyuarakan perasaan hampa dan sedih terhadap mereka yang memerlukan tetapi tidak menerima peranti tersebut.

“Di Malaysia, golongan yang berkemampuan telah merampas hak golongan kurang berkemampuan,” 

“Sebelum memberikan permohonan bantuan ini, kerajaan perlu melakukan pengagihan yang telus,” dakwanya.

Najwa berkata, kerajaan juga perlu mewajibkan mahasiswa menyediakan pengesahan pendapatan ibu bapa mereka, yang penting dalam menentukan sama ada mereka berada dalam kumpulan T20 atau B40.

Bantuan Peranti Siswa ialah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk mahasiswa yang tidak mampu membeli peranti untuk pembelajaran pengajian tinggi.

Inisiatif ini telah membantu mahasiswa yang ditujukan untuk mereka yang berada dalam kumpulan B40, mahasiswa yang bukan dalam kumpulan tersebut telah mengambil kesempatan untuk memohon bantuan peranti ini.

Untuk memohon bantuan peranti, mahasiswa hanya perlu memberikan maklumat seperti nama, nombor matriks, tempat pengajian dan pendapatan isi rumah mereka, tanpa dokumen yang sah untuk membuktikan nilainya.

Tangkap layar komen netizen di Twitter.

Sumber: Twitter @dathusna @zrthfia

Nur Batrisyia Mohd Ropi, 22, percaya keadaan itu tidak adil dan kesal terhadap pelajar yang layak memohon tetapi permohonan mereka ditolak.

Nur Batrisyia percaya bahawa inisiatif yang dibuat oleh kerajaan serba sedikit dapat membantu mahasiswa
Sumber: Nur Batrisyia

“Ini kerana, setiap pemohon perlu membuat permohonan dan melengkapkan butiran berkaitan pendapatan bulanan keluarga dan hanya layak untuk diterima oleh pelajar yang memerlukan,” katanya.

Segala yang tular di media sosial mengenai peranti pelajar mengejutkan dan mengecewakan Siti Khadijah Junoh Ismail, 22.

Siti Khadijah berharap kerajaan dapat meneliti dan memandang serius tentang isu pengagihan ini dengan lebih baik
Sumber: Siti Khadijah

“Saya berharap kerajaan boleh meneliti dengan lebih baik semua bantuan dan inisiatif agar ianya boleh memberikan manfaat kepada golongan yang tepat,” jelasnya.

Sementara, Ardini Husna, 22, yang tidak memohon bantuan itu berkata, walaupun bantuan peranti itu merupakan inisiatif yang baik, ada pihak yang lebih berkemampuan untuk membeli peranti itu masih mengambil kesempatan dengan mengambil bahagian dalam permohonan itu.

Bantuan ini terbukti dapat membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan alat untuk kemudahan pembelajaran, tetapi hak mereka yang tidak memohon telah diambil oleh mereka yang berkemampuan.

Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam,  Norsafarina Mohd Yusoff yang dihubungi memberitahu Kementerian Komunikasi telah melakukan semakan silang awal dengan data rasmi kerajaan untuk kelulusan peranti itu kepada pemohon.

Norsafarina berkata masih ramai lagi yang amat memerlukan tetapi terpaksa bersabar disebabkan masalah keterhadan stok peranti yang dialami.

Sumber: Hal Ehwal Pelajar UiTM

"Senarai pelajar yang telah disaring akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Permohonan untuk semakan dan pengesahan, dan nama mereka yang lulus akan diserahkan kepada Focal Point (pegawai IPT yang telah dilantik).

“Pegawai IPT kemudiannya akan membantu dalam pengesahan senarai mahasiswa yang lulus bagi memastikan hanya mereka yang aktif belajar dan mematuhi terma dan syarat sahaja yang layak mendapat bantuan peranti itu,” jelasnya.

Mereka yang tidak memohon bantuan ini boleh memfailkan rayuan, yang akan dimajukan kepada Jawatankuasa Rayuan Khas Peranti Pelajar K-KOMM untuk semakan dan kelulusan yang sewajarnya.

Like the article? Share it now!