CAMPUS

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU HE & SHE COFFEE DI UITM SHAH ALAM

Jumaat, 16 Disember 2022
By Halwa Sorfina

He & She Coffee, jenama kafe premium milik Bumiputera kini membuka cawangan keduanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Sejajar dengan slogan “Precious moment in a cup”, kafe ini mahir menyediakan mimuman berasaskan biji kopi premium.

Walaupun belum dirasmikan sepenuhnya, kafe yang terletak di Bangunan Al-Khawarizmi ini dikatakan telah mendapat sambutan menggalakan di kalangan mahasiswa Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Motif utama pembukaan cawangan kafe di Bangunan al-Khawarizmi bagi memudahkan mahasiswa untuk datang ke kafe tanpa perlu ke Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) untuk menikmati keenakan kopi dan makanan kafe tersebut.

Menurut pengurus kafe, Afiq Shukor, 25, anggaran keuntungan yang diperoleh mencecah RM20,000 walaupun baru beroperasi selama sebulan. 

Pengurus He & She Coffee, Afiq Shukor

“Kami amat terkejut kerana kafe ini belum dirasmikan sepenuhnya, akan tetapi ramai mahasiswa yang tahu akan kewujudan kafe ini.

“Apabila kafe ini sudah dirasmikan kelak, saya berharap akan lebih ramai lagi mahasiswa yang akan berkunjung dan menikmati keenakkan kopi kami,” katanya.

Waktu operasi kafe ini adalah pada hari isnin hingga jumaat bermula 10 pagi sehingga 8 malam dan sabtu bermula 10 pagi sehingga 6 petang.

Kafe ini akan dipromosikan di media sosial rasmi He & She Coffee bagi membantu para pengunjung tahu akan kewujudan kafe yang terdapat di UITM Shah Alam ini.

“Selain itu, sejajar dengan matlamat dan motif kafe ini adalah membantu mahasiswa mendalami ilmu pengetahuan dan memberi peluang pekerjaan bagi meringankan beban perbelanjaan mahasiswa,” ujarnya. 

Memetik laman web He & She Coffee, Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkiflee Yusof, menekankan bahawa kewujudan kafe yang sinonim dengan gaya hidup di kampus itu adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari ilmu keusahawanan dengan bekerja sambilan di kafe tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee, Zulkiflee Yusof

(Sumber: Laman Web He & She Coffee)

“He & She Coffee adalah idea untuk mencipta peluang pekerjaan bagi mahasiswa sekaligus melahirkan bakal usahawan,” kata Zulkiflee.

Kafe tersebut mempunyai lima orang pekerja yang terdiri daripada dua orang pekerja sepenuh masa dan tiga orang pekerja sambilan yang terdiri daripada mahasiswa di kampus UITM Shah Alam.

Pencuci mulut seperti kek dan roti turut disediakan.

Idea penambahan menu makanan dan minuman pada masa akan datang akan dijalankan bagi mengekalkan tarikan di kalangan mahasiswa.

Menu istimewa yang dipaparkan untuk tatapan pengunjung.

Terdapat pelbagai menu yang disediakan bermula dari harga RM5 sehingga RM30, antaranya minuman yang berasaskan biji kopi selain pilihan makanan seperti nasi lemak pandan ayam, sup cendawan dan bubur ayam yang sering bertukar setiap hari. 

Reka bentuk dalaman kafe yang dilengkapi penghawa dingin.

Selain itu, kafe ini mempunyai suasana kondusif bagi mahasiswa membuat perbincangan atau tugasan sambil menjamu selera.

Kafe ini turut mempunyai cawangan di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tenaga Nasional serta Universiti Malaya (UM).

Like the article? Share it now!