CAMPUS

ACARA AMAL GO-KART RAIKAN ANAK YATIM

Ahad, 8 Januari 2022
Oleh Najihah Azlan

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan acara amal berkonsepkan go-kart bersama Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) pada awal Januari lalu. 

Program anjuran Precise Agency ini telah meraikan 32 anak yatim dari Persatuan Rumah Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Turut diadakan pemberian sumbangan dana PRecise Agency berjumlah RM 3 ribu kepada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah). 

Penasihat program, Abuzar Abdul Halim menyerahkan replika cek sumbangan kepada pengasas persatuan rumah kebajikan, Noorsidah Yahya.
(Sumber: PRecise Agency)

Program sehari bersama anak yatim berlangsung di Padang Kawad, UiTM Shah Alam, turut dihadiri pengasas persatuan rumah kebajikan tersebut, Noorsidah Yahya, Pengarah Urusan The Jay Events & Media, Muhammad Shafik Ridzuan Jailani serta ketua pegawai operasi EON Berhad, Shamsul Haq Md Noh. 

Pengasas  Persatuan Rumah Kebajikan

Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah), Noorsidah Yahya

Noorsidah melahirkan rasa syukur dan penghargaan beliau dengan sumbangan dan usaha oleh mahasiswa UiTM. 

“Saya sangat bersyukur dan tidak menyangka menerima sumbangan daripada mahasiswa UiTM bagi menampung perbelanjaan dan keperluan anak yatim di sini.

“Memandangkan sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kami dapat membuat persediaan dari segi bayaran yuran, buku dan pakaian sekolah untuk mereka.

"Boleh dikatakan program khidmat  masyarakat yang melibatkan mahasiswa universiti diadakan setiap minggu di rumah ini kerana kami tidak mahu anak yatim disini kesunyian terutama ketika ibu mereka pergi bekerja dan tiada orang mengawasi mereka,” kata Noorsidah. 

 Aktiviti sehari bersama anak yatim daripada Persatuan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah).

(Sumber: PRecise Agency)

Pengarah projek, Zizie Zulieyana Zainuddin berkata, acara amal berkonsepkan go-kart yang pertama di UiTM Shah Alam adalah usaha gigih 42 mahasiswa tahun akhir kursus Perhubungan Awam, Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, dengan bimbingan pensyarah, Abuzar Abdul Halim. 

Pengarah Projek Fomula Kids, Zizie Zulieyana Zainuddin.

“Kami di PRecise Agency mengambil inisiatif untuk memperkenalkan bidang automotif kepada anak yatim dan orang ramai sekaligus memberi peluang terutama kepada mereka yang tidak berpengalaman menaiki go-kart,” kata Zizie. 

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PRecise Agency, Muhammad Nabil Khairul Anuar, projek ini adalah kolaborasi bersama EON Berhad dan The Jay Events & Media sebagai rakan strategik.

“Program ini dapat mengasah kemahiran komunikasi, menjalinkan kerjasama dengan organisasi luar dan meningkatkan kreativiti visual dalam menjadikan Formula Kids satu kejayaan,” kata Nabil.

Like the article? Share it now!