7. UTILITI
7. UTILITI
Durasi video : 19:31
Linux mempunyai pelbagai utiliti yang sangat berguna kepada pengguna.
Utiliti ini boleh digunakan sendirian atau digunakan dalam pengaturcaraan Shell.
Ia juga memudahkan kerja-kerja mentadbir sistem seperti penyimpanan fail-fail penting, pengawasan sistem atau pembersihan ruang storan.
Senarai arahan
apt - antara muka baris arahan untuk pasang, kemaskini atau nyahpasang perisian.
awk - proses dan manipulasi data untuk hasilkan format output yang dikehendaki.
bc - buat pengiraan seperti campur, tolak, darab, bahagi dan sebagainya.
cal - papar kalendar.
date - papar tarikh.
find - cari fail atau direktori.
grep - papar baris yang sepadan dengan corak.
locate - cari fail termasuk lokasinya mengikut nama.
sed - pengedit strim digunakan untuk ubah teks pada setiap baris input.
sort - susun baris fail teks.
sudo - laksanakan arahan sebagai pengguna lain.
uniq - papar satu sahaja jika baris yang sama berulang.
wc - papar bilangan baris, bilangan perkataan dan saiz fail teks.