4. PERSEKITARAN DALAM LINUX
4. PERSEKITARAN DALAM LINUX
Durasi video : 11:57
Persekitaran dalam Linux penting untuk membantu pengguna melaksanakan tugas dengan mudah.
Misalnya arahan yang pernah digunakan boleh dilaksanakan semula tanpa perlu taip secara penuh.
Senarai arahan
alias - ringkaskan arahan yang panjang.
echo - papar baris teks.
env - papar maklumat persekitaran dalam Linux.
exit - keluar dari sesi terminal.
export - tetapkan nilai baru pada pembolehubah tertentu.
history - senaraikan arahan yang pernah digunakan.
stty - tukar dan papar tetapan terminal
unalias - buang ringkasan arahan yang ditetapkan sebelum ini.
whereis - cari fail binari, sumber dan manual bagi arahan tertentu.