3. STRUKTUR FAIL DAN DIREKTORI
3. STRUKTUR FAIL DAN DIREKTORI
Durasi video : 10:42
Struktur fail dan direktori dalam Linux berbentuk hirarki.
Ia bermula dengan direktori akar (/).
Direktori ini mempunyai beberapa subdirektori yang mengandungi fail-fail dan juga subdirektori sendiri di mana pada setiap direktori terdapat fail-fail program, fail manual dan sebagainya.
Senarai arahan
cd - bertukar ke direktori lain.
clear - kosongkan skrin terminal.
df - laporkan penggunaan ruang cakera sistem fail.
du - papar saiz direktori.
find - cari fail atau direktori.
ls - papar kandungan direktori.
mkdir - cipta direktori.
more - lihat fail teks atau output beransur-ansur.
pwd - papar direktori semasa.
sudo - laksanakan arahan sebagai pengguna lain.
touch - ubah cap masa (timestamp) fail.
tree - papar kandungan direktori menggunakan format pepohon.