5. MANIPULASI FAIL DAN DIREKTORI
5. MANIPULASI FAIL DAN DIREKTORI
Durasi video : 29:51
Menerangkan cara-cara mengendalikan fail dan direktori supaya lebih teratur dan menjimatkan ruang.
Pastikan fail atau direktori tidak dicapai oleh sesiapa yang tidak berkenaan.
Senarai arahan
cat - papar kandungan fail teks.
cd - bertukar ke direktori lain.
chmod - tukar mod keizinan fail atau direktori.
cp - salin fail dan direktori.
echo - papar baris teks.
file - ketahui jenis fail.
grep - papar baris yang sepadan dengan corak.
head - papar bahagian awal fail teks.
ln - cipta pautan antara fail.
ls - papar kandungan direktori.
mkdir - cipta direktori.
more - lihat fail teks atau output beransur-ansur.
mv - pindah fail ke lokasi lain atau tukar nama fail.
pwd - papar direktori semasa.
rm - hapuskan fail.
rmdir - hapuskan direktori.
touch - ubah cap masa (timestamp) fail.
tree - papar kandungan direktori menggunakan format pepohon.
unlink - buang pautan kepada fail yang dicipta sebelum ini.
wc - papar bilangan baris, bilangan perkataan dan saiz fail teks.