visi Bahagian
Untuk menjadi pemacu utama dalam menghasilkan pegawai bomba dan ahli profesional keselamatana kebakaran yang berkemahiran dan berprestasi tinggi.
Misi Bahagian
Untuk menyediakan dan membangunkan program dan pengurusan latihan kebombaan yang sistematik dan komprehensif demi menghasilkan tenaga manusia yang kompeten dan profesional.
Piagam Pelangan
Komitmen kami adalah untuk menyediakan modal insan yang kompeten bagi melaksanakan tugas kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan berintegriti.
Dengan itu kmai berjanji akan:
Mengemukakan surat tawaran kursus luar / dalam negeri kepada calon-calon yang layak dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas diterima daripada organisasi -organisasi berkaitan.
Mengemukakan borang permohonan calon kepada agensi berkenaan dalam tempoh lapan (8) hari selepas tarikh tutup permohonan oleh bahagian.
Menyediakan laporan kajian analisis keperluan latihan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh kajian mula dijalankan.
Objektif Bahagian
Merancang dan menyediakan program latihan kebombaan yang sistematik.
Menjanakan tenaga manusia yang kompeten & profesional dalam bidang perkhidmatankebombaan dan penyelamatan.
Menguruskan pembangunan tenaga manusia & perkembangan kerjaya yang komprehensif di dalam bidang perkhidmatan kebombaan & penyelamatan
Mempertingkatkan kesedaran, kefahaman & amalan keselamatan kebakaran secara menyeluruh.
Menjadikan pusat rujukan dalam kecemerlangan latihan kebombaan dan keselamatan kebakaran serantau.