Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur telah menyediakan beberapa kemudahan seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah, Simulator dan Studio AV MetroKL dibawah jagaan Bahagian Latihan bagi tujuan memenuhi keperluan latihan dan pembelajaran khususnya warga JBPM Kuala Lumpur dan kami telah menyediakan borang tempahan secara atas talian (online) untuk kegunaan anda. Untuk peringatan bersama, segala penggunaan tempat dan peralatan Bahagian Latihan, anda hendaklah mematuhi setiap etika serta akan bertanggunjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan setiap sesuatu anda dikehendaki membayar gantirugi. Sekiranya gagal berbuat demikian pihak Bahagian JBPM KL berhak mengambil tindakan sewajarnya.
Borang Tempahan Penggunaan Fasiliti Bahagian Latihan terdiri daripada :
Bilik Mesyuarat
Bilik Kuliah
Bilik Studio
Simulator
Peminjaman Kenderaan Jabatan
Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelangan
selepas penggunaan fasiliti dan simulator, anda dikehendaki mengisi borang soal selidik untuk pihak kami membuat peningkatan prestasi perkhidmatan.
**Setiap penggunaan dan tempahan yang dibuat secara online, anda kehendaki mengeluarkan satu surat permohonan penggunaan dan tempahan ke email latihan bhglatihankl@gmail.com seminggu sebelum hari kejadian.