Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menyediakan beberapa kemudahan seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah, Simulator dan Bilik Studio bagi tujuan memenuhi keperluan latihan dan pembelajaran khususnya warga JBPM Kuala Lumpur dalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dari segi latihan kebombaan mahupun sumber manusia.