PKPjB HJ NORDIN BIN PAUZI
PENGARAHJABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIAKUALA LUMPUROffice Address: Tingkat 2, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah 55200 Kuala Lumpur
No. Telephone : 03-92224904
E-mail latihan : latihan_kl@bomba.gov.my
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh, Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra .
Alhamdullilah,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keberkatanNya dapat kita terus menabur bakti kepada tanah air tercinta. Dikesempatan ini saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Latihan JBPM Kuala Lumpur kerana telah mencipta satu perubahan didalam kemajuan teknologi seiring dengan kehendak jabatan iaitu menuju kepada sebuah Jabatan berprestasi tinggi .
Bahagian Latihan memainkan peranan yang paling penting dalam perkembangan kerjaya dan juga memastikan kemahiran serta pengetahuan sumber manusia di dalam jabatan terus berada pada satu tahap yang mempunyai kompetensi yang tertinggi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Latihan, JBPM Kuala Lumpur kerana sekali lagi telah bergerak seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Pelbagai fasiliti dan kemudahan latihan telah dinaiktaraf untuk kegunaan pembelajaran dan latihan. Dengan adanya teknologi terkini, penggunaan dan penempahan fasiliti bagi memenuhi keperluan balai-balai dan warga JBPM Kuala Lumpur khususnya, telah dipermudahkan melalui transformasi borang permohonan penempahan dan peminjaman secara online.