Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. Nasionalisme awal bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama. Brahmo Samaj merupakan pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat.
Pada penghujung abad 19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun.Mereka menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan seperti Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress(INC) yang dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906.
Pada awal abad ke-20,muncul gerakan bersifat keras yang diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.
Selepas perang dunia pertama,INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British dan diterajui oleh Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India.
Selepas perang dunia kedua,INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.
Pada 14 Ogos 1947, Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan manakala India pada 15 Ogos 1947 dan Perdana Menteri pertama India ialah Jawaharlal Nehru
Untuk mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
Ia bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu(kerajaan Manchuria) yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu kerana gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat.
Seterusnya,gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China.
Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam.Telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlaku pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.Gerakan ini menyeru umat Islam berpegang kepada ajaran islam berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat.
Pada tahun 1883,Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa( ikatan yang kuat )untuk memperkuat persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
Telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme, iaitu seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang penguasaan kuasa Barat.
Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama.
Pemerintahan empayar Uthmaniyah,iaitu Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini dan mendapat sokongan umat islam di seluruh dunia termasuk Tanah Melayu.
Kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Baratsupaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.
Prinsip dan semangat bushido dijadikan asaa membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintahan semasa era Pemulihan Meiji. Meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20.
Akan tetapi, desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menyebabkan jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.