Peranan tokoh yang digelar sebagai Kaum Muda menyalurkan idea melalui gerakan Islah dan menjadikan agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat. Tokohnya seperti Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha. Kesedaran mereka ini didorong oleh kecenderungan terhadap gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah.
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905 pula melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris dan berperanan dalam perkembangan nasionalisme.
Lepasan maktab ini seperti Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Mohammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922 berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha.
Peranan guru antaranya termasuklah O.T. Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid berjaya meniupkan kesedaran dalam kalangan pelajar sehingga lahir ramai tokoh penulis dan nasionalis.
Di Sarawak pula, akhbar Fajar Sarawak yang ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Muhd Daud Abdul Ghani serta Haji Abd Rahman Kassim menjadi saluran untuk menyedarkan kaum yang dijajah. Seruan dalam Fajar Sarawak, "fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku" menggesa masyarakat bangkit menuju kemajuan.
Di Sabah, kebanyakan isu pendidikan,tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua-ketua Anak Negeri dalam mesyuarat mereka dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya.
Editor akhbar Cina biasanya merangsang pemikiran masyarakat Huachiao (kaum Cina seberang laut) untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita dan menyemai perasaan cinta akan negara China.
Masyarakat India menerbitkan akhbar yang kandungannya memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini.
Kemunculan novel berjaya meniupkan nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita. Semua karya ini bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa. Contohnya,dalam novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi.
Persatuan awal yang muncul ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926. Penubuhan KMS bertujuan menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran, memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan serta mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi. Kejayaan KMS mendorong penubuhan persatuan negeri lain.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) ditubuhkan bagi menggalakkan ahlinya untuk bersatu dan bertukar-tukar pendapat. PASPAM yang bermula di Pulau Pinang pada tahun I934, berkembang dan giat mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu antara tahun 1934 hingga tahun 1939. Usaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan berjaya menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarakan isu kebangsaan.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan hasil daripada gagasan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937. KMM seterusnya didaftarkan pada tahun 1938. KMM berjuang melalui akhbar Majlis dan berhasrat untuk menentang British dengan mewujudkan satu gagasan yang dinamakan Melayu Raya melalui gabungan Tanah Melayu dan Indonesia.
Pada umumnya, sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di China. Pemimpin revolusi China seperti Dr. Sun Yat Sen berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di negara kita dengan melawat Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebanyak empat kali. Hal ini bagi mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria di China.
Bagi masyarakat India, beberapa pertubuhan awal ditubuhkan bagi menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.Antaranya termasuklah Persatuan India Taiping dan Persatuan India Pulau Pinang. Pada tahun 1927, Persidangan India Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur dan diikuti oleh negeri lain. Persidangan ini bertujuan membincangkan isu berkaitan dengan masyarakat India. G.V. Thaver puia menubuhkan Malayan Indian Association (MIA,khusus bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.