Apakah maksud Nasionalisme ?
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Ia boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme juga bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Terdapat beberapa tokoh dan sejarawan telah memberikan tafsiran terhadap nasionalisme. Antaranya ;
Beliau mengatakan bahawa nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.
Beliau mengatakan bahawa kita hendaklah menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.
Beliau mengatakan bahawa nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke "Tanah Melayuan".
Beliau mengatakan bahawa dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negera sendiri.
Beliau mengatakan bahawa perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat,iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus,merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yang telah ditenggelamkan itu.