Revolusi Keangungan (Glorious Revolution) di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
Revolusi ini tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang. Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Menyedari sokongan yang semakin berkurangan, Raja James II malarikan diri ke Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keangungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah. Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange, konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembangaan dimantapkan. Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire. Rousseua telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Sasaran golongan revolusi adalah terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan. Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan, sebaliknya rakyat terbeban dngan pelbagai cukai. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI. Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.
Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British. Hal ini disebabkan tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupkan sebahagian daripada empayar British. Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika.Penduduk Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut. Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan" kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
Pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisyhtiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776.
Revolusi Amerika berakhir pada 1783,apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.Sebanyak 13 buah bekas tanah jajahan tersebut digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.