Individu
Islam
Dewasa (18 Tahun Ke atas)
Waras
Berkelakuan baik
Boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai wasi.
Sekiranya pewasiat mempunyai anak bawah umur dan melantik wasi individu, maka pewasiat hendaklahmenamakan dua orang wasi sebagai wasi bersama.
Maksimum 4
Digalakkan 2
as-Salihin Trustee akan dilantik sebagai wasi ganti
Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.
as-Salihin merupakan sebuah syarikat amanah dan boleh bertindak sebagai Wasi. as-Salihin akan memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan lancar.
Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.