Orang yang membentuk amanah dan memindahkan aset kepada pemegang amanah.
Terdiri daripada individu (termasuk setlor), kumpulan perseorangan atau badan korporat yang akan dan boleh (layak) mendapat manfaat daripada amanah yang di lakukan
PA (power of Attorney) Surat Kuasa Wakil adalah satu surat cara yang digunakan dengan meluas, termasuk untuk urusan dan transaksi yang membabitkan hartanah.
Ia satu dokumen pelantikan wakil oleh pemberi kuasa, di mana pemilik harta melantik seorang wakil (sebagai pemegang kuasa) yang akan bertindak bagi pihak beliau (pemberi kuasa) bagi menguruskan harta miliknya berserta kuasa tertentu yang diberikan kepada wakil berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat cara Surat Kuasa Wakil yang disediakan secara bertulis.
Surat Kuasa Wakil boleh digunapakai terhadap aset tidak alih dan aset alih.
Pemberi kuasa menyerahkan kuasa kepada penerima kuasa sebagai wakil untuk apa-apa urusan yang berkaitan harta yang dinyatakan.
CRS adalah satu mekanisma pengumpulan maklumat dan laporan bagi institusi kewangan negara-negara yang mengambil bahagian bagi mengesan pengelakan cukai dan melindungi integriti sistem cukai
101 negara yang mengambil bahagian setakat januari 2018
Peraturan CRS ini bermula daripada 1 julai 2017
Objektif- Mengurangkan pengelakkan cukai dan melindungi integriti sistem cukai
CRS di kenakan ke atas institusi kewangan Malaysia (MYFI) melalui lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Akta ini merupakan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang memerlukan rakyat amerika (termasuk mereka yang tinggal di luar Amerika Syarikat) untuk melaporkan akaun-akaun mereka di AS dan luar negara.
Peraturan FATCA ini bermula daripada 1 Julai 2014
Objektif - Kerajaan AS ini mengesan dan mengurangkan aktiviti pengelakkan cukai oleh rakyar AS
Semua institusi kewangan di Malaysia juga terikat dengan akta ini melalui Malaysia-US Intergovernmental Agreement (IGA)
ANTI MONEY LAUNDERING, ANTI TERRORISM FINANCING AND PROCEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001” (AMLA)
AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM 2001”
APAKAH AMLA ?
PENGUBAHAN WANG HARAM ditakrifkan sebagai proses menukarkan wang atau harta yang berasal daripada aktiviti haram untuk memberikan penampilan yang sah
PEMBIAYAAN KEGANASAN secara amnya merujuk kepada melakukan transaksi yang melibatkan dana yang bertujuan untuk mebiayai dan membantu aktiviti keganasan
HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM termasuklah mana-mana harta atau kelebihan ekonomi daripada harta itu yang keseluruhannya atau sebahagiannya diperolehi daripada apa-apa aktiviti haram, atau hasil yang diperolehi daripada pelupusan harta tersebut.
Akta AMLA digubal untuk :
Memerangi aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan
Mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan
Memberi kuasa kepad apemerintah untuk meluncutkan hak terhadap apa-apa harta yang berkaitan dengan jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Menekankan keperluan kepada institusi pelapor (reporting institutions) untuk menjalankan 'due diligence', menyimpan rekod dan melaporkan transaksi yang mencurigakan.
Orang yang mewarisi, iaitu orang yang akan memusakai harta peninggalan si matisama ada waris melalui hubungan darah, hubungan perkahwinan, ataupun hubungan hak perwalian si mati.
Harta yang diwarisi, iaitu harta benda yang ditinggalkan oleh si mati yang akan dipusakai oleh ahli waris selepas membiayai belanja pengurusan jenazah (pengebumian), hutang piutang, wasiat
Asabah nasabiyah (kerana nasab). Asabah Sababiyah (kerana sebab)
iaitu lelaki yang nasabnya kepada pewaris tidak tercampuri kaum wanita.
Mempunyai 4 cabang iaitu:
anak lelaki
bapa, datuk dari pihak lelaki
Saudara lelaki (seibu sebapa/sebapa), anak lelaki keturunan adik beradik lelaki
Pak cik (seibu sebapa/ sebapa) termasuk keturunan dan seterusnya
Dalam dunia faraid, apabila lafaz 'asobah' disebutkan tanpa diikuti perkataan lain (tanpa asobah bil ghair atau ma'al ghair) mak disebut asobah bin nafsi.
Asobah bi ghoiri / ghairihi : Hanya terbatas pada 4 orang ahli waris yang semuanya perempuan.