Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang individu atau sebarang entiti (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana individu atau institusi (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari samada ia individu atau sebaliknya.
SURAT IKATAN AMANAH
Dokumen bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang berikut :
Perlantikan Pemegang Amanah
Kuasa yang diberikan kepada pemegang Amanah
Cara Pengurusan dan pengagihan harta amanah kepada benefisiari
Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Manakala benefisiari akan menjadi pemilik manfaat bagi aset amanah tersebut. Pemegang Amanah akan menguruskan harta yang diamanahkan berdasarkan arahan serta syarat yang telah ditetapkan.
Secara ringkasnya, Amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.
Menurut Islam Amanah dikenali sebagai 𝐀𝐥-𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡. Berikut adalah peruntukkan Al Quran yang menekankan kepentingan amanah :
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
- Surah An-Nisa ayat 58
"Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil."
- Surah Al-Baqarah ayat 188
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :
Amanah Wasiat
iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat dan tertakluk kepada undang-undang perwarisan Islam.
Amanah Statutori
iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari yang belum dewasa samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat.
Amanah Hayat
iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah.
Contoh Amanah Hayat
AMANAH PERSARAAN EMAS :
Amanah perseraan Emas adalah amanah Istimewa yang telah dibentuk untuk membantu orang ramai merancang persaraan mereka dengan teratur
AMANAH SARAAN HIDUP :
Ia adalah suatu Amanah yang dibuat oleh setlor (Pembuat Amanah) untuk menyara kehidupan benefisiari (penerima Amanah) yang tertentu.
AMANAH PENDIDIKAN:
Suatu Amanah yang bertujuan untuk menjaga pendidikan benefisiari yang dinamakan di dalam surat ikatan Amanah (Trust Deed)
AMANAH PELABURAN :
Membenarkan benefisiari yang dinamakan di dalam ikatan amanah menerima wang pelaburan tanpa perlu melalui proses undang-undang pentadbiran harta pusaka
AMANAH TAKAFUL/INSURANS :
Membenarkan benefisiari menerima wang Caruman Takaful/ Polisi Insurans secara serta merta tanpa memerlukan Probet untuk membantu mereka menyara hidup tanpa menghadapi masalah kewangan dan bertangguh.
Penamaan as salihin Trustee Berhad sebagai penerima hak polisi di bawah (Absolute Assignment)
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam), Konsep Amanah menurut Islam boleh dibentuk untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan, perubatan dan saraan hidup. Amanah merupakan instrumen dan kaedah yang penting di dalam Perancangan Harta Islam.
Di as-Salihin Trustee kami menawarkan perkhidmatan Amanah yang dibenarkan oleh Islam dan komprehensif di mana kami akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi harta amanah tersebut. Amanah boleh dibentuk untuk perkara-perkara berikut:
✅Pendidikan
✅Saraan Hidup
✅Korporat
✅Kebajikan
✅Takaful / Insurans
Pemegang Amanah memikul tugas yang berat. Ketika melaksanakan tanggungjawabnya, ia terikat dengan peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949).
Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di bawah, tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."
- Surah Al-Anfal ayat 27