Saya Asidah Hj Sinring islamic Estate planner/ Perancang Harta Pusaka Islam Yang berdaftar dibawah syarikat Amanah as Salihin Trustee Berhad.
as-Salihin Trustee Berhad adalah merupakan sebuah syarikat amanah yang dibentuk di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Kami adalah Sebuah syarikat yang kekal kewujudannya dan akan memastikan proses pentadbiran harta pusaka akan dijalankan sepenuhnya sehingga pengagihan akhir dilaksanakan.
Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip syariah dan undang-undang di Malaysia. Diterajui oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat Syariah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang undang-undang Sivil, Syariah dan Kewangan.
Merupakan sebuah syarikat amanah yang dikawal selia dan terikat di bawah undang-undang dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik bagi memastikan pentadbiran harta pusaka dapat dilaksanakan dengan cepat, lancar dan amanah.
INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH & SIVIL
[ Perkhidmatan untuk saluruh Malaysia termasuk Labuan, Sabah & Sarawak ]
Nota:
Antara contoh BUKAN Syarikat Amanah seperti Syarikat Guaman, MYPusaka.info
Pentingnya merancang dan urus Harta Pusaka dengan pihak Syarikat Amanah/ Trustee berbanding bukan trustree.
Kelebihan Syarikat Amanah / Trustee
Syarikat amanah adalah entiti undang-undang yang bertindak sebagai fidusia, ejen, atau pemegang amanah bagi pihak seseorang atau perniagaan untuk tujuan pentadbiran, pengurusan, dan akhirnya pemindahan aset kepada pihak yang berfaedah.
Syarikat amanah bertindak sebagai penjaga amanah, harta tanah, pengaturan kustodian, pengurusan aset, pemindahan saham, pendaftaran pemilikan bermanfaat, dan pengaturan lain yang berkaitan.
kelebihan sebenarnya, terutama dari sudut kepakaran dan pengalaman syarikat amanah menguruskan perancangan dan pentadbiran harta pusaka. Ada kelebihan yang tiada pada syarikat atau agensi yang bukan syarikat amanah; iaitu kelangsungan atau dipanggil perpetuity.
Maksudnya, berbeza dengan syarikat sdn bhd, kelangsungan perkhidmatan syarikat amanah adalah lebih terjamin untuk satu tempoh masa yang sangat panjang.
Ini kerana, Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah 1949 menyatakan dengan jelas mana-mana syarikat amanah hanya boleh menutup operasi (penggulungan) dengan izin mahkamah sahaja.
Mahkamah pula hanya akan memberi keizinan kepada syarikat amanah yang ingin menamatkan operasinya jika mereka telah selesai melaksanakan semua tanggungjawab kepada setiap pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Jadi kepentingan setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat amanah lebih terjamin.
Ini sangat berbeza dengan syarikat sdn bhd di mana lembaga pengarah boleh membuat keputusan pada bila-bila masa sahaja untuk menutup operasi mereka. Tiada apa-apa syarat yang perlu mereka penuhi untuk menutup operasi.
Jadi bagaimana dengan pelanggan yang telah membuat perancangan harta dengan bantuan mereka? Siapa yang akan bantu uruskan?
Kenapa Faktor Kelangsungan Penting Dalam Perancangan Harta ?
Dokumen perancangan harta yang kita buat sekarang hanya akan diuruskan selepas kematian kita. Ketika itulah dokumen-dokumen ini akan dibawa melalui proses perundangan baik di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil.
Waktu itulah saat paling kritikal waris memerlukan bantuan dan bimbingan.
Kita mungkin mati 20 atau 30 tahun akan datang. Bayangkan pada saat kita perlukan bantuan syarikat yang kita gunakan perkhidmatan perancangan harta mereka, sudah tidak wujud lagi pada waktu itu.
Tidakkah itu akan menyulitkan waris kita?
Siapa yang akan sempurnakan urusan pentadbiran harta kita?
Kepada siapa waris kita hendak dapatkan bantuan dan rujukan?
Jadi di sinilah pentingnya kelangsungan syarikat amanah dalam menyediakan perkhidmatan mereka. Syarikat amanah perlu mengambil akauntabiliti penuh menyempurnakan semua tanggungjawab mereka mengurus dan mentadbir harta pelanggan mengikut proses perundangan berkaitan.
Urusan harta pusaka bukan urusan jangka masa pendek. Kita merancang harta hari ini, tetapi kita mungkin mati 30 tahun akan datang.
Menggunakan perkhidmatan syarikat amanah akan menjamin waris-waris kita akan tetap mendapat perkhidmatan seperti yang dikontrakkan.
Hal ini berbeza dengan syarikat sendirian berhad atau bahkan firma guaman biasa. Ini kerana mereka mungkin tidak akan bertahan pun sehingga puluhan tahun.