Proses penilaian PRO-PENS dijalankan oleh pejabat akademik (HEA) fakulti untuk memantau prestasi pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian akan dijalankan oleh pemerhati daripada jawatankuasa Pro-Pens fakulti terhadap pensyarah di bilik kelas. Pemerhati dikehendaki menilai pensyarah berdasarkan borang penilaian standard Pro-Pens yang disediakan oleh pejabat akademik UiTM.
Penilaian pensyarah dilaksanakan sekali setiap semester
Berkongsi dapatan penilaian dengan pensyarah yang dinilai.
Penyediaan laporan hasil penilaian untuk diserahkan kepada pejabat akademik Universiti.
Pembentangan dapatan Penilaian dan cadangan penambahbaikan berterusan di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dua kali setahun.
Taklimat proses dan instrumen penilaian Pro-Pens di mesyuarat akademik Fakulti setiap semester.