AKUR adalah sebuah model kecemerlangan berdasarkan model Malcolm Baldridge Award (Education) yang menjadi rujukan dan digunapakai oleh UiTM untuk menyerlahkan budaya kualiti yang diamalkan di setiap PTJ melalui pelaporan pencapaian jabatan, fakulti dan kampus masing-masing.
Ia merupakan anugerah kualiti tahuanan daripada Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berjaya melaksanakan pembudayaan kualiti kerja yang cemerlang di kampus.
Model kecemerlangan ini menitik beratkan aspek kepimpinan, perancangan strategik, tumpuan pelanggan, keutamaan pengukuran dan analisis, pengurusan sumber manusia dan pengoperasian proses disamping meletakkan fokus utama kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh PTJ yang terlibat.
Berbeza dari Baldrige Award yang menilai kecemerlangan organisasi dan agensi yang berlainan entiti, AKUR berperanan untuk memupuk amalan budaya kualiti PTJ dalam UiTM melalui hasil dan bukti pelaksanaan.
Untuk tujuan pelaporan AKUR di APB UiTM Pahang, berikut adalah template laporan program yang digunakan: