Jika anda merupakan pemandu Airasia Ride di Semenanjung Malaysia dan menggunakan kenderaan yang didaftarkan di bawah kod AB atau AD, anda perlu mengambil tindakan penting sebelum memperbaharui Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) anda.
Bagi memastikan proses pembaharuan EVP dan cukai jalan berjalan lancar, anda dikehendaki mengisytiharkan kenderaan anda sebagai Kenderaan E-Hailing Persendirian (Kod AH) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kegagalan untuk membuat pengisytiharan ini boleh menyebabkan pembaharuan EVP atau cukai jalan ditangguhkan atau ditolak.
Panduan ini disediakan bagi membantu anda memahami proses dan langkah-langkah yang perlu diambil.
Apakah Pengisytiharan Kenderaan E-Hailing?
Pengisytiharan Kenderaan E-Hailing adalah proses mengemaskini kategori penggunaan kenderaan di dalam sistem JPJ, iaitu daripada:
Persendirian – Individu (Kod AB / AD)
kepada Kenderaan E-Hailing Persendirian (Kod AH)
Pengisytiharan Kenderaan adalah Wajib untuk pembaharuan EVP
Mengapa Pengisytiharan Ini Diperlukan?
JPJ memerlukan pengisytiharan ini bagi mengesahkan bahawa kenderaan anda telah diluluskan secara rasmi untuk kegunaan e-hailing.
Sekiranya kenderaan anda masih didaftarkan di bawah kod AB atau AD:
Pembaharuan EVP anda berisiko untuk ditangguhkan atau ditolak
Anda mungkin menghadapi masalah semasa memperbaharui cukai jalan
Siapa Yang Perlu Membuat Pengisytiharan Ini?
Keperluan ini terpakai kepada semua pemandu Airasia Ride di Semenanjung Malaysia yang:
Menggunakan kenderaan dengan kod AB atau AD, dan
Belum mengisytiharkan kenderaan sebagai kod AH
✅ Sekiranya kenderaan anda telah didaftarkan di bawah kod AH, tiada tindakan lanjut diperlukan.
1. SEMAK KOD KENDERAAN ANDA
Muat turun aplikasi MyJPJ melalui App Store atau Google Play Store
Klik “Profil”
Pilih “Lesen Kenderaan Bermotor”
Klik pada nombor pendaftaran kenderaan anda
Semak sama ada kod “AH” tertera pada cukai jalan
2. KEPERLUAN KHAS
Kod penggunaan kenderaan sedia ada adalah AB atau AD (Persendirian – Motorcar)
3. KEPERLUAN UMUM
Proses boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan atau wakil yang dilantik
Permohonan hendaklah dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan JPJ yang menjalankan urusan pendaftaran dan pelesenan kenderaan (tidak termasuk UTC)
Maklumat EVP mestilah wujud dan masih sah di dalam sistem mySIKAP JPJ
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) mestilah wujud dan sah dalam sistem mySIKAP bagi kenderaan yang berusia 3 tahun dan ke atas (berdasarkan tarikh pendaftaran atau tahun pembuatan)
Insurans kenderaan mestilah masih sah
4.1 DOKUMEN DIPERLUKAN - PEMILIK
Salinan MyKad pemilik
EVP fizikal
Borang JPJK8 (Pindaan 1/2016)
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1)
4.2 DOKUMEN DIPERLUKAN - WAKIL (BUKAN PEMILIK KENDERAAN)
Salinan MyKad wakil dan MyKad pemilik
EVP fizikal pemilik
Surat kuasa wakil daripada pemilik kenderaan
Borang JPJK8 (Pindaan 1/2016)
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1)