GANTIAN CUTI REHAT
GANTIAN CUTI REHAT
FAEDAH GANTIAN CUTI REHAT
Berkuatkuasa 1 Januari 2018, GCR yang dikumpul melebihi had pengumpulan GCR yang berkuatkuasa sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas pada tahun akhir persaraan.
Tanggungjawab Ketua Jabatan:
memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan adalah teratur;
memastikan GCR yang dikumpul melebihi 180 hari;
meluluskan cuti rehat yang dipohon oleh pegawai tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan;
merekodkan kelulusan ini dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan; dan
menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun daripada portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat di akhir perkhidmatan.