Search this site
Embedded Files
Unit PSM
  • Utama
  • Cuti kerana Perkhidmatan
  • Cuti kerana Perubatan
  • Cuti Tanpa Rekod
  • Lain-lain Cuti
  • Pemberian GCR
Unit PSM
  • Utama
  • Cuti kerana Perkhidmatan
  • Cuti kerana Perubatan
  • Cuti Tanpa Rekod
  • Lain-lain Cuti
  • Pemberian GCR
  • More
    • Utama
    • Cuti kerana Perkhidmatan
    • Cuti kerana Perubatan
    • Cuti Tanpa Rekod
    • Lain-lain Cuti
    • Pemberian GCR

CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN

(Cuti Sakit, Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Bersalin, Cuti Tibi, Kusta dan barah)

PANDUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT

PELAKSANAAN

Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit adalah seperti yang berikut:

  1. Diberikan kepada pegawai yang telah disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor;

  2. Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuktikan dengan sijil sakit;

  3. Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan/Ketua Setiausaha bagi membolehkan cuti sakit diluluskan;

  4. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha;

  5. Termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;

  6. Semua Cuti Sakit dihabiskan di hospital atau di rumah melainkan jikalau ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan sebaliknya; dan

  7. Jika pegawai masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan semua kelayakan cuti sakit, maka Ketua Jabatan boleh memberikan Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas dan Cuti Tambahan Perubatan yang berkelayakan.

  8. Staf perlu membuat permohonan cuti sakit di utmhrv2 >> perkhidmatan >> pergerakan staf >> cuti >> permohonan >> mohon baru >> cuti atas sebab perubatan >> cuti sakit

Permohonan

PANDUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT LANJUTAN

PELAKSANAAN

Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan adalah seperti yang berikut:

  1. Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, pegawai yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan;

  2. Sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji tersebut sementara menunggu Laporan Lembaga Perubatan. Pegawai hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan berkenaan;

  3. Jika selepas menghabiskan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji pegawai masih tidak sihat, dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, pegawai masih boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji;

  4. Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan diberi dalam satu tahun kalendar; dan

  5. Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika pegawai masih belum sembuh, pegawai boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

KEMUDAHAN CUTI TIBI, KUSTA & BARAH

SYARAT : 

  1. Merupakan cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebihi 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambil oleh staf kerana penyakit-penyakit lain. 

  2. Kemudahan di (a) juga boleh diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah, yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih serta diperakukan oleh Lembaga Perubatan. 

  3. Setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) staf boleh mengambil semua cuti rehat yang berkelayakan. 

  4. Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamat cuti di (a) dan (c). 

  5. Setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d), tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu, setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Kuasa tertentu boleh menimbangkan apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau staf boleh dibersarakan daripada perkhidmatan. 

PANDUAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN

Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:

  1. Kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai;

  2. Tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan

  3. Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

  4. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:

4.1. Bagi pegawai selain guru:

a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan

b) jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan

c) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

  1. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:

5.1. Bagi pegawai selain guru:

a) menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan

b) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

  1. Cuti Bersalin separuh gaji dan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji dibawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.

  2. Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

  3. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan 4, 5 dan 6 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Ceraian UP.1.1.8 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.

  4. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

  5. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

  6. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Ceraian ini.

  7. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Ceraian ini.

  8. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

    • Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran SR.5.4.1(B) Ceraian ini;

    • Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan

    • Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

Muat Turun

PANDUAN PILIHAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse