CUTI KERANA PERKHIDMATAN
CUTI KERANA PERKHIDMATAN
SYARAT:
Diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa
Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan
Dikira secara berkadar (proportionate) apabila tidak genap setahun perkhidmatan yang melayakkan atau meninggalkan UTM
Hari mingguan atau cuti umum tidak diambilkira sebagai cuti rehat
Pegawai dibenarkan mengumpul baki cuti rehat yang berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan ke tahun ketiga, tetapi cuti tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu.
Cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa boleh di kumpul untuk pemberian wang Gantian Cuti Rehat (GCR) tidak melebihi 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Baki cuti rehat luput apabila berubah taraf lantikan (sementara/kontrak/tetap)
Dua keadaan yang mengubah kadar kelayakan cuti rehat;
i. Genap 10 tahun perkhidmatan
ii. Perubahan gred jawatan (Rujuk Jadual Kadar Cuti Rehat)
PELAKSANAAN
Kemudahan Cuti Separuh Gaji diberikan atas sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami dan anak-anak), ibu bapa, adik-beradik, ibu bapa mentua, nenek dan datuk pegawai.
Kadar Cuti Separuh Gaji adalah maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon Cuti Separuh Gaji perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh Cuti Separuh Gaji.
Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Separuh Gaji untuk 14 hari pertama dalam satu tahun kalendar dan selebihnya diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya.
Tidak boleh diberi kepada pegawai wanita atas sebab bersalin.
Mengurangkan kelayakan cuti rehat.
Baki cuti separuh gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum 180 hari.
Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan iaitu 30 hari bagi genap 1 tahun perkhidmatan.
Disertakan bersama surat pengesahan dari pegawai perubatan yang berkaitan
PELAKSANAAN
Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CTG.
Pegawai yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan dan telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan.
Kelulusan CTG perlu dikemukakan untuk pertimbangan Ketua Jabatan.