CUTI TANPA REKOD
CUTI TANPA REKOD
MENJAGA ANAK, KURSUS SAMBILAN DI IPTA, HAJI, PESTA KEAAMATAN, HARI GAWAI, PERAYAAN VAISAKHI, TAHUN BARU SIAM, MENDERMA ORGAN, PERTANDINGAN SUKAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN DAN/ATAU ANTARABANGSA, LATIHAN PASUKAN SUKARELA, AKTIVITI PERTUBUHAN/PERSATUAN
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN KEPADA PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA
PELAKSANAAN
Pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan cuti tanpa rekod tertakluk kepada garis panduan seperti berikut:
tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian;
tempoh maksimum cuti tanpa rekod bagi setiap permohonan boleh dihadkan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu;
sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum cuti tanpa rekod dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut;
sekiranya kursus intensif jatuh pada hari cuti umum, maka pegawai tidak boleh menuntut cuti tanpa rekod sebagai gantian pada hari tersebut; dan
kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti kursus secara sambilan;
kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D);
kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
pegawai layak diberi kemudahan cuti tanpa rekod untuk mengikuti kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan;
bilangan cuti tanpa rekod yang diambil dan diluluskan perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti di dalam Rekod Perkhidmatan Pegawai;
kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan
kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.
Kursus intensif adalah meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut:
(i) kuliah;
(ii) tutorial;
(iii) seminar/bengkel/kolokium; dan
(iv) latihan amal/latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
Tanggungjawab pegawai adalah:
(i) mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan sebelum memulakan pengajian; dan
(ii) mengemukakan permohonan cuti tanpa rekod kepada Ketua Jabatan berserta dokumen sokongan iaitu surat arahan IPT yang mewajibkan pegawai menghadiri kursus intensif.
Tanggungjawab Ketua Jabatan adalah:
(i) meneliti dan mempertimbangkan permohonan pegawai dengan mengambil kira syarat-syarat pemberian cuti tanpa rekod ini seperti di perenggan 4 dan jenis-jenis kursus intensif seperti di perenggan 5; dan
(ii) merekodkan cuti tanpa rekod yang diluluskan di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
PELAKSANAAN
Pelaksanaan kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela adalah seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang menjadi ahli Pasukan Sukarela adalah seperti di Lampiran SR.5.5.2(A) dan pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
Diberikan sebanyak 30 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke latihan atau khemah tahunan; dan
Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada 32 hari hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha berdasarkan perwakilan kuasa yang diberikan kepadanya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985 atau pindaannya.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD MENGHADIRI AKTIVITI PERTUBUHAN/PERSATUAN
PELAKSANAAN
Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat agung luar biasa, latihan atau khemah tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan di Malaysia anjuran pertubuhan/persatuan termasuk Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan, yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
Pegawai hendaklah menjadi ahli pertubuhan/persatuan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tersebut;
Diberikan sebanyak 14 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan; dan
Senarai Persatuan/Pertubuhan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran SR.5.5.3(A) Jabatan Perkhidmatan Awam dan pindaannya dari semasa ke semasa.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI
PESTA KAAMATAN
Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1) hari untuk menyambut Pesta Kaamatan pada 30 Mei atau 31 Mei setiap tahun:
(i) pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau
(ii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau
(iii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Sarawak.
HARI GAWAI
Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1) hari untuk menyambut Hari Gawai pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun:
(i) pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau
(ii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau
(iii) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan
Kelulusan Cuti Tanpa Rekod ini adalah tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pemberian Cuti Tanpa Rekod ini dilaksanakan dengan teratur.
PANDUAN KEMUDAHAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD PERAYAAN VAISAKHI
PELAKSANAAN
Cuti tanpa rekod selama satu (1) hari diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam penganut Sikh pada hari perayaan Vaisakhi iaitu pada 14 April setiap tahun bagi pegawai menunaikan tanggungjawab keagamaan.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM
PELAKSANAAN
Pegawai Perkhidmatan Awam yang berketurunan Siam diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena Tahun Baru Siam (Songkran) pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020 bagi memberi ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA ORGAN
PELAKSANAAN
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang menderma organ hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service), sangkut dan guru sandaran/guru interim;
pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;
kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan;
bagi tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital; dan
kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG TERLIBAT DALAM PERTANDINGAN SUKAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN/ATAU ANTARABANGSA
PELAKSANAAN
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] untuk terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa.
Pegawai yang layak adalah seperti berikut:
(i) Atlet;
(ii) Jurulatih;
(iii) Pegawai Sukan seperti di Lampiran SR.5.5.1(A); dan
(iv) Pegawai Teknikal seperti di Lampiran SR.5.5.1(B).
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod juga diberikan kepada pegawai yang menjadi Ahli Jawatankuasa Penganjur/Pengelola Sukan di peringkat Kebangsaan dan/atau Antarabangsa bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas pertandingan sukan. Pegawai boleh dibenarkan meninggalkan pejabat atau tugasnya dalam waktu pejabat jika dikehendaki berbuat demikian bagi sebahagian hari bekerja biasa tetapi bukan bagi sepenuh hari bekerja biasa.
Cuti Tanpa Rekod diberikan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari setahun. Sekiranya cuti diperlukan melebihi 30 hari permohonan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Ketua Setiausaha. Tempoh 30 hari setahun adalah termasuk latihan intensif dan perjalanan pergi dan balik yang perlu dibuat bagi pertandingan sukan.
Cuti Tanpa Rekod bagi pegawai yang dilantik sebagai Sukarelawan Sukan adalah mengikut tarikh jadual bertugas yang ditetapkan oleh penganjur/pengelola dan tidak melebihi 30 hari setahun.
Pegawai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun bagi membolehkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai Kerajaan mendapat peluang menyertai pertandingan sukan tersebut.
Pemberian Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai yang terlibat dalam pertandingan sukan adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan demi kepentingan perkhidmatan awam.
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI HAJI
PELAKSANAAN
Kelayakan Cuti Haji
Kemudahan Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:
Cuti Haji boleh diluluskan kepada pegawai beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan;
Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh maksimum 40 hari, termasuk cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 40 hari atas sebab sebab tertentu maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan cuti rehat, cuti rehat khas, cuti penggal sekolah (jika termasuk dalam cuti penggal sekolah) atau cuti tanpa gaji, yang mana berkaitan, tertakluk kepada kelayakan pegawai;
Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan;dan
Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan.
PELAKSANAAN
Terdapat dua (2) jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak, iaitu Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.
Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut:
terhad kepada pegawai wanita yang bersalin; dan
tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.
Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut:
i) melibatkan pegawai wanita dan lelaki yang mempunyai:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
(e) anak pelihara.
ii) tempoh dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima  (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; dan
iii) bagi pegawai wanita, tempoh di perenggan 7 (ii) dikira sebagai sebahagian daripada tempoh lima (5) tahun yang diperuntukkan di perenggan 6 (ii) di atas.
v) pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada lima (5) tahun bagi satu kelahiran, boleh menggunakan baki Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang seterusnya atau kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin; dan
vi) pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang terdahulu, hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Ceraian ini.
PELAKSANAAN
Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan untuk menjaga anak yang sakit.
Pegawai yang layak Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan adalah ibu dan bapa yang sah.
Anak adalah termasuk:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
(e) anak pelihara.
Pemberian Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan kepada pegawai adalah seperti berikut:
tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
syarat anak yang dikuarantin adalah:
berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; atau
tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. Selain itu, apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja Dari Rumah).
CUTI TANPA REKOD KELOMPOK
**waktu bekerja bermula selepas pukul 6 petang**
CTR BERDASARKAN BILANGAN HARI FLEKSIBEL MENGIKUT SYARAT KHUSUS
 (ISTERI BERSALIN, URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT, MENJAGA AHLI KELUARGA SAKIT, UMRAH, KEAGAMAAN)
PANDUAN KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN
Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
Diberikan kepada pegawai lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin;
Bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat;
Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
Dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
Dipanjangkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan;
Mengemukakan salinan perakuan bersalin isterinya kepada Ketua Jabatan; dan
Direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti).
Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah;
Diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik;
Permohonan Cuti Umrah hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti).
Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diperuntukkan kepada pegawai untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan ahli keluarga terdekat;
Boleh digunakan bagi urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan;
Ahli keluarga terdekatÂ
suami, isteri,Â
ibu kandung atau ibu angkat,Â
bapa kandung atau bapa angkat,Â
ibu mentua, bapa mentua,Â
anak kandung,Â
anak angkat yang sah di sisi undang-undang,Â
anak angkat de facto,Â
anak pelihara,Â
adik-beradik,Â
nenek dan datuk kepada pegawai;
Terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan;
Bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia **selepas waktu pejabat;
Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
Mengemukakan salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas;
Kemudahan ini turut terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan; dan
Hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai bagi tujuan menjaga ahli keluarga yang sakit;
Bagi tujuan kemudahan ini, keluarga meliputi keluarga pegawai sendiri :
(isteri/suami dan anak-anak),Â
ibu kandung,Â
ibu angkat,
ibu mentua,
ibu tiri,
bapa kandung,
bapa angkat,
bapa mentua,
bapa tiri,
adik-beradik,
nenek dan datuk kepada pegawai.Â
Istilah anak termasuk anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto, anak pelihara dan anak tiri tanggungan;
Kemudahan ini boleh digunakan untuk menjaga ahli keluarga yang sakit di mana-mana lokasi;
Pegawai mengemukakan:
a. salinan sijil sakit atau perakuan sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta; dan
b. pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta bahawa ahli keluarga yang sakit tersebut memerlukan bantuan dan   penjagaan rapi.
Tidak boleh digunakan bagi tujuan untuk menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit atau memerlukan pengasingan di bawah peraturan SR.5.4.4 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan).
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang bukan beragama Islam untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing;
Diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (one-off), yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik;
Permohonan Cuti Keagamaan hendaklah disertakan dengan dokumen berkaitan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di luar negara, pegawai perlu mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti).
Bilangan hari yang boleh diambil adalah di antara satu (1) hingga 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
(MENGAMBIL PEPERIKSAAN, HADIR MAHKAMAH, AKTIVITI KOPERASI, LAWATAN KEBUDAYAAN, MUSABAQAH AL-QURAN, JURULATIH PLKN, SUMBANGAN ILMU PERINGKAT ANTARABANGSA, MENGHADIRI MESYUARAT/BENGKEL/SEMINARA ANJURAN PIHAK PEKERJA MBK, HARI MENGUNDI, RAWATAN HEMODIALISIS, PERAYAAN)
SYARAT:
Diberikan kepada pegawai untuk membolehkan seseorang pegawai menduduki sebarang peperiksaan bagi membaiki peluang hidup di masa hadapan;
Peperiksaan merangkumi:
a. peperiksaan bertulis/ lisan (fizikal atau dalam talian);
b. peperiksaan fizikal (contoh: Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan - UKJK);
c. penilaian bagi tujuan lantikan ke skim perkhidmatan tertentu;
d. pembentangan kertas penyelidikan di universiti (peringkat viva voce); dan
e. temuduga (fizikal atau dalam talian).
Hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari terhad pada hari peperiksaan sahaja maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar Ibu Pejabat sebagai saksi pihak bukan Kerajaan; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar untuk hadir di mahkamah termasuk perjalanan pergi dan balik, maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang menjadi anggota koperasi untuk menghadiri aktiviti koperasi yang diadakan dalam atau di luar Malaysia seperti berikut:
a. kursus, latihan dan seminar anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Institut Koperasi Malaysia; atau
b. mesyuarat koperasi.
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari mengikut tempoh sebenar maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri;
Anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari mengikut tempoh sebenar maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebagai peserta atau pembimbing; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Diberikan bagi tempoh yang diperlukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam majlis berkenaan Pertandingan Musabaqah Al-Quran termasuk perjalanan pergi dan balik.
Bilangan hari mengikut tempoh sebenar maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan bagi menggalakkan penyertaan pegawai dalam aktiviti khidmat masyarakat;
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah maksimum lima (5) hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2).
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang memberi sumbangan ilmu di peringkat antarabangsa;
Pegawai mendapat jemputan untuk memberi sumbangan ilmu di peringkat antarabangsa seperti pembentangan kajian, ahli panel dan penceramah. Sumbangan ilmu peringkat antarabangsa adalah termasuk yang diadakan di Malaysia atau luar Malaysia;
Tidak menyalahi undang-undang yang berkuat kuasa;
Bukan merupakan tugas rasmi pegawai; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program termasuk perjalanan pergi dan balik, maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang mengikuti program pertukaran peringkat antarabangsa;
Mendapat jemputan untuk menyertai program di bawah kelolaan kementerian/ jabatan/ agensi Kerajaan yang diadakan di Malaysia ataupun luar Malaysia;
Tidak termasuk program kelolaan swasta/ persendirian; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program termasuk perjalanan pergi dan balik, maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai atau ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Pihak Pekerja MBK;
Mendapat jemputan daripada Pengerusi/ Setiausaha Pihak Pekerja MBK bagi menghadiri mesyuarat, bengkel dan seminar anjuran Pihak Pekerja MBK; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai bagi tujuan mengundi;
Pegawai merupakan pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK); dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah pada tarikh sebenar pegawai mengundi.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai bagi tujuan mendapatkan rawatan hemodialisis;
Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta untuk menjalani rawatan hemodialisis;
Rawatan hemodialisis dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan, badan bukan kerajaan, pusat dialisis swasta, pusat rawatan di universiti-universiti, pusat rawatan dialisis angkatan tentera dan rumah/ lokasi lain yang mendapat kelulusan Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta;
Pusat rawatan hemodialisis swasta hendaklah berdaftar di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586);
Pegawai tidak diberikan sijil sakit selepas mendapatkan rawatan hemodialisis;
Sekiranya pegawai menerima sijil sakit selepas mendapatkan rawatan hemodialisis, pegawai perlu menggunakan kemudahan Cuti Sakit; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah pada tarikh sebenar pegawai mengundi.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Perayaan di bawah kemudahan CTR Kelompok ini adalah seperti berikut:
a. Good Friday;
b. Deepavali;
c. Christmas Eve;
d. Hari Raya Haji Kedua; dan
e. Thaipusam.
CTR Good Friday diberikan kepada pegawai yang menganut agama Kristian sempena perayaan Good Friday di negeri-negeri yang perayaan Good Friday bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
Bagi pegawai yang menganut agama Hindu yang berkhidmat di negeri-negeri yang perayaan Deepavali adalah merupakan Hari Kelepasan Am, CTR Deepavali diberikan bagi menyambut perayaan Hari Deepavali sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua Perayaan Deepavali sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali;
Bagi pegawai yang menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak (negeri yang perayaan Deepavali bukan merupakan Hari Kelepasan Am), pelaksanaan CTR Deepavali adalah seperti berikut:
a. sekiranya Hari Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon CTR Deepavali pada hari tersebut; atau
b. sekiranya Hari Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon CTR Deepavali pada hari bekerja berikutnya.
CTR Christmas Eve diberikan kepada pegawai yang menganut agama Kristian di negeri-negeri yang perayaan Christmas Eve bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
CTR Hari Raya Haji Kedua diberikan kepada pegawai yang beragama Islam iaitu pada hari kedua sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Raya Haji di negeri-negeri yang perayaan Hari Raya Haji Kedua bukan merupakan Hari Kelepasan Am;
CTR Thaipusam diberikan kepada pegawai yang menganut agama Hindu bagi menyambut perayaan Thaipusam di negeri-negeri yang perayaan Thaipusam bukan merupakan Hari Kelepasan Am; dan
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah satu (1) hari dalam satu (1) tahun kalendar bagi setiap perayaan..
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi ini hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:
Diberikan kepada pegawai yang dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN);
Diluluskan CTR bagi tempoh berikut:
a. mengikuti kursus untuk jurulatih;
b. menjalankan tugas sebagai jurulatih;
Kemudahan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (kenyataan cuti).
Bilangan hari adalah mengikut tempoh sebenar program termasuk perjalanan pergi dan balik, maksimum 20 hari dalam satu (1) tahun kalendar.
Encik Khairul merupakan pegawai yang berkhidmat di Jabatan A. Beliau telah diluluskan Cuti Isteri Bersalin selama lapan (8) hari mulai 6 hingga 13 Februari 2025. Pada Jun 2025, beliau telah diluluskan Cuti Umrah selama 11 hari mulai 2 hingga 12 Jun 2025. Pada bulan September 2025, Encik Khairul memohon untuk menggunakan CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat selama lima (5) hari.
Oleh kerana Encik Khairul telah menggunakan 19 hari CTR Kelompok, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan satu (1) hari CTR Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat kepada Encik Khairul. Bagi tempoh empat (4) hari lagi yang dimohon tersebut, En. Khairul perlu menggunakan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas/ Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan.
Encik Rayyan bertugas sebagai pegawai kewangan di Jabatan M. Beliau telah diluluskan CTR Isteri Bersalin sebanyak lima (5) hari dan CTR Program Pertukaran Peringkat Antarabangsa sebanyak 10 hari. Beliau juga ingin memohon CTR Menjaga Ahli Keluarga Sakit sebanyak lima (5) hari.
Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan CTR tersebut kerana beliau masih mempunyai baki CTR Kelompok sebanyak lima (5) hari.
Pn. Amirah yang bertugas sebagai pegawai kaunseling di Kementerian Y telah menggunakan CTR Kelompok sebanyak 20 hari sehingga bulan Julai 2025. Pada 13 hingga 15 Oktober 2025, Pn. Amirah yang merupakan ahli persatuan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah mengikuti Seminar Pemakanan Sihat Bagi Mengelakkan Penyakit Kanser Ovari yang diadakan di MAKNA Kuala Lumpur selama tiga (3) hari.
Permohonan ini boleh diluluskan oleh Ketua Jabatannya kerana CTR Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/ Persatuan merupakan CTR yang berasingan daripada CTR Kelompok. Oleh itu kelulusan adalah berdasarkan kadar dan syarat sepertimana CTR Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/ Persatuan tersebut.
Encik Hasan merupakan pegawai tadbir yang berkhidmat di Selangor dan beliau ingin memohon CTR untuk menyambut Hari Raya Aidiladha Hari Kedua memandangkan Hari Raya Aidiladha hari kedua bukan merupakan Hari Kelepasan Am di Selangor.
Encik Hasan boleh diberikan CTR Kelompok Hari Raya Haji Kedua selama satu (1) hari tertakluk kepada baki CTR Kelompok dan pertimbangan Ketua Jabatan.
Encik Rajesh merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu dan berkhidmat di Melaka. Beliau ingin memohon CTR selama satu (1) hari bagi menyambut perayaan Thaipusam memandangkan Thaipusam bukan merupakan Hari Kelepasan Am di Melaka. Walau bagaimanapun beliau telah menggunakan semua kadar CTR Kelompok sebanyak 20 hari untuk menjaga anak yang sakit.
Beliau tidak layak diberi CTR untuk menyambut Hari Thaipusam. Dalam hal ini, beliau boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji sekiranya ingin bercuti bagi menyambut perayaan tersebut.
Puan Vivian merupakan pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di Sabah dan menganut agama Kristian. Bagi menyambut perayaan Krismas, beliau ingin memohon CTR selama satu (1) hari untuk Christmas Eve.
Memandangkan Christmas Eve merupakan Hari Kelepasan Am di Sabah, maka peruntukan CTR Kelompok Christmas Eve tidak terpakai buat Puan Vivian.
Encik William yang bertugas di Putrajaya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Kristian. Beliau telah diluluskan CTR Kelompok Good Friday selama satu (1) hari pada Mac 2025 dan baki CTR Kelompok beliau ialah sebanyak 19 hari. Pada Disember tahun yang sama, beliau ingin memohon CTR Christmas Eve selama satu (1) hari.
Dalam hal ini, Encik William berkelayakan memohon CTR Kelompok Christmas Eve disebabkan beliau menganut agama Kristian dan bertugas di Putrajaya di mana Christmas Eve bukan Hari Kelepasan Am.
Puan Ara bertugas di Selangor sebagai pegawai penyelidik di Jabatan X. Beliau telah disapina untuk hadir ke mahkamah di Pulau Pinang sebagai saksi bagi pihak bukan Kerajaan selama dua (2) hari iaitu pada 18 hingga 19 Jun 2025, dan dua (2) hari lagi iaitu pada 17 hingga 18 Julai 2025. Puan Ara bercadang untuk menaiki kenderaan sendiri untuk hadir ke mahkamah tersebut. Puan Ara ingin memohon CTR Kelompok Hadir Mahkamah Luar Ibu Pejabat selama 10 hari kerana beliau belum lagi menggunakan kelayakan CTR Kelompok bagi tahun 2025.
Berdasarkan peraturan berkuat kuasa, Puan Ara hanya berkelayakan memohon CTR Kelompok selama lapan (8) hari sahaja iaitu empat (4) hari bagi tempoh sebenar di sapina dan empat (4) hari bagi perjalanan pergi dan balik.
Anak Puan Combi disahkan oleh pegawai perubatan menghidap penyakit berjangkit chickenpox dan perlu dikuarantin selama 10 hari mulai 17 hingga 26 Februari 2025. Puan Combi ingin menggunakan lima (5) hari kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) dan ingin memohon lima (5) hari lagi kemudahan CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit.
Bagi anak yang menghidapi penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin, pegawai hanya layak memohon CMAKP maksimum lima (5) hari. Bagi baki lima (5) hari lagi kemudahan CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit adalah tidak terpakai.
Puan Raudah bertugas di Kedah sebagai pegawai audit di Jabatan M. Suami beliau menghidap penyakit jantung dan telah dimasukkan ke wad selama 60 hari. Puan Raudah ingin memohon CTR Kelompok Menjaga Ahli Keluarga Sakit selama 20 hari daripada Ketua Jabatan kerana beliau belum menggunakan kelayakan CTR Kelompok pada tahun berkenaan. Selain itu, beliau juga ingin memohon Cuti Separuh Gaji selama 40 hari untuk menjaga suami beliau.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan permohonan Puan Raudah sebanyak 20 hari bagi menjaga ahli keluarga sakit. Ketua Jabatan juga boleh meluluskan Cuti Separuh Gaji beliau sebanyak 40 hari untuk menjaga suami yang sakit tertakluk kepada kelayakan Cuti Separuh Gaji beliau.
Encik Rais bertugas di Jabatan P. Isteri beliau telah bersalin pada 23 Disember 2024. Encik Rais telah menggunakan kemudahan CTR Isteri Bersalin sebanyak empat (4) kali sepanjang perkhidmatan. Beliau memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Isteri Bersalin selama 18 hari bermula 23 Disember 2024 hingga 9 Januari 2025 bagi kali kelima (5). Beliau mempunyai baki CTR Kelompok sebanyak sembilan (9) hari pada tahun 2024.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Isteri Bersalin bagi Encik Rais sebanyak sembilan (9) hari pada tahun 2024 dan sembilan (9) hari lagi pada tahun 2025. Penggunaan CTR Kelompok Isteri Bersalin ini dikira sebagai satu kali penggunaan kerana diambil secara berterusan walaupun melangkau tahun.
Puan Hajar yang bertugas di Kementerian S telah diluluskan CTR Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari di Perak anjuran PUSPANITA pada bulan Mac 2024. Pada 15 Disember 2024 (setelah CTR Kelompok dikuat kuasa), Puan Hajar memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari lagi bagi mengikuti program kemasyarakatan di Melaka anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD).
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Aktiviti Khidmat Masyarakat selama lima (5) hari tanpa mengambil kira CTR Aktiviti Khidmat Masyarakat yang telah digunakan pada Mac 2024.
Dr. Rina merupakan seorang pegawai di Jabatan X dan melaksanakan tugas sebagai pegawai kewangan. Beliau mempunyai PhD dalam bidang sekuriti makanan dan telah dijemput sebagai salah seorang pembentang di Persidangan Keterjaminan Makanan Antarabangsa di Jepun. Dr. Rina memohon untuk menggunakan CTR Kelompok Sumbangan Ilmu Peringkat Antarabangsa selama lima (5) hari.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan CTR Kelompok Sumbangan Ilmu Peringkat Antarabangsa selama lima (5) hari kepada Dr. Rina tertakluk kepada baki CTR Kelompok dan syarat-syarat yang ditetapkan.