Pada umumnya, UTeM terlibat dalam jaringan kolaborasi industri dan masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti pemindahan ilmu pengetahuan dan program-program CSR (tanggungjawab korporat) bantuan banjir dan TVET UNiTY.
Walaubagaimanapun, kesemua program atau aktiviti ini hanya dianggap satu kolaborasi sahaja dan tidak boleh dijadikan data rasmi dalam pengiraan markah MyRA® UTeM jika tiada pelaporan rasmi dibuat kepada Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.
MyRA® adalah instrumen yang mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI). Data yang diisytiharkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) hanya berkaitan dengan RDCI sahaja.
Data yang diisytiharkan perlu merangkumi/mengambilkira semua output daripada semua staf akademik yang aktif walaupun telah mencapai markah maksimum (melepasi benchmark atau melepasi dua kali ganda benchmark yang ditetapkan) dalam seksyen atau subseksyen tertentu.
Data RDCI yang lengkap dan menyeluruh daripada setiap IPT adalah penting dalam membantu pihak Pengurusan Tertinggi untuk membuat keputusan dan merangka hala tuju Kementerian dan dasar Pendidikan Tinggi Negara.
Maka pengumpulan data (dokumen/bukti yang menyatakan manfaat program/aktiviti itu tercapai oleh komuniti) diperlukan oleh Universiti walaupun program hanya dilaksanakan di peringkat PTj, fakulti dan juga pusat-pusat lain di Universiti. Laman web ini bertujuan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan Seksyen G6(a) dan Seksyen G6(b) di dalam MyRA®.