PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: TEKNOLOGI PERTANIAN PINTAR DI KEBUN KOMUNITI DURIAN TUNGGAL
Projek ini memperkenalkan Sistem Fertigasi Pintar menggunakan teknologi IoT, di mana sensor ladang dihubungkan secara tanpa wayar dengan Teknologi LORA, Wireless LAN, dan 5G untuk memantau dan mengawal tanaman secara jarak jauh. Sistem ini mampu menyiram 1,000 pokok serentak dengan kualiti hasil yang konsisten, memberi manfaat kepada 10 peserta Kebun Komuniti. Peserta juga dilatih dalam pemasaran untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Kebun Komuniti ini turut menjadi Makmal Penyelidikan Lapangan bagi mahasiswa dan penyelidik UTeM, menyokong kajian teknologi pertanian moden serta mengukuhkan kerjasama universiti dan masyarakat. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan inisiatif ini.
PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI: REALISASI EKONOMI KITARAN MELALUI RUMAH KOMPOS MADANI BERSAMA KOMUNITI PANTAI SIRING, MERLIMAU, MELAKA
Merlimau, Jasin, Melaka, 19 Februari 2025 - Majlis Penyerahan dua fasiliti Rumah Kompos Madani telah diadakan di Bangunan Aktiviti Nelayan, Jeti Pantai Siring, Merlimau sempena program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) di bawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Program ini diketuai oleh Ts Dr Aliza Che Amran dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), UTeM.
PROGRAM UNIMADANI: PROJEK PERTANIAN BANDAR VERTIKAL BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI @ BUKIT PAYUNG
Projek ini melibatkan 15 peserta daripada Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka dan projek ini telah bermula pada bulan Julai 2024 dan dijangka berakhir pada bulan Disember 2024. Projek ini juga mendapat sokongan penuh dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Melaka (JAKOA Melaka).
Pada 3 November 2024, para peserta telah menjalankan proses percambahan biji benih bagi tanaman sayuran berdaun seperti pak choy dan sawi. Hasil tanaman ini telah berkembang menjadi tanaman yang sihat dan berjaya dituai pada 8 Disember 2024. Hasil tanaman tersebut dijual terus kepada pelanggan dengan harga RM5 bagi setiap 500 gram.